![]()  | 
| Kholidi bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. | 
 Oleh:
Rossem  
![]()  | 
| Kholidi (5 dari kanan) memegang cenderahati berupa karikatur karya Rossem | 
  Persiapan
menyambut ketibaan  Ramadhan Kareem ternyata tidak hanya
 mempersiapkan hal-hal berbentuk fizikal  bahkan sentuhan spiritual.
 Bagi
kelompok anak-anak muda Kelantan,  dua
hari menjelang Ramadhan pada tahun ini membawa makna yang tersendiri kerana
 kehadiaran aktor  yang mereka
nanti-nantikan selama ini sudah berada di depan mata. 
 Mendengar
motivasi yang sangat Islami dari Kholidi Asadil Alam,  pelakon
 Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang didatangkan dari Indoneisa, justeru
anak-anak muda itu merasakan  seperti mengikuti sebuah ceramah agama 
oleh seorang ustaz.  
 Selama
ini, ramai  menganggap  filem   Ketika Cinta Bertasbih
 sebuah filem Islami kerana skripnya   ditulis seorang novelis Islami
terkenal Habiburrahman El Shirazy, para  pelakonnya belum
tentu Islami, tetapi setelah   melihat sendiri  Kholidi yang
berperanan  sebagai Mas Azzam dalam filem
tersebut  dengan penampilan yang sangat Islami, bicaranya seperti  seorang ustaz, maka bukan saja filem KCB itu
Islami bahkan  pelakonnya (hero) juga  Islami kerana  memiliki
ciri-ciri sebagai seorang Muslim yang patuh  kepada syariat Islam.  
  Kehadiran
selebriti yang punya ramai peminat di Malaysia itu tepat   sekali
dengan perubahan yang berlaku di Malaysia, kerana sejak kebelakangan  ini
ramai arti-artis Malaysia yang berhijrah dari kehidupan yang penuh glamour
dengan kehidupan sebagai seorang Muslim  dengan artisnya mengenakan jilbab
dan mengawal  moral  dan tingkah laku.
 Kholidi,
23, yang datang bersama kedua orangtuannya  untuk program Bicara Selebriti
anjuran Kerajaan Negeri  Kelantan, 18
Juli 2012, ditampilkan di atas pentas  bersama empat selebriti lokal, Yatt,
Ana Raffali, Ustaz Harizal, sementara Amin Idris sebagai moderator  di depan ribuan anak-anak muda Kelantan dan
berlangsuang di Balai  Islam, Kota Bharu. 
 “Pertama
kali saya melihat  artis-artis  wanita di Kuala Lumpur, hati
saya  jadi sedih. Kerana tak berkerudung, tapi setelah saya datang ke
Kelantan,  saya menemui jawaban, Kelantan memulainya dengan mendidik
wanita agar berkerudung tanpa  mengira mereka itu  artis atau
sebaliknya”.  Ucap Kholidi dalam program yang didisiarkan secara 
lintas langsung melalui KelantanTV. 
 “Kelantan
sebuah negeri sangat Islami, banyak pesantren yang  bisa diambil  contoh dari sini untuk dimanfaatkan umat Islam
di negeri-negeri lain”. Ujar kholidi yang juga berasal dari keluarga pesantren
di Pasuran, Jawa Timur. Menurut beliau  kakaknya,  Khairul Ali
(Almarhum) seorang kyai yang terkenal di pesantren milik keluarganya
Al-Mashudi. 
 Bercita-cita
mau menjadi produser filem-filem Islami di Indonesia suatu hari nanti,
 dan cita-cita itu  menurutnya   menjadi lebih bersemangat
bila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, saat beliau
bersilaturahim ke kantornya menasihat beliau agar meneruskan cita-cita itu
kerana hiburan  adalah  fitrah manusia, tapi mesti hanya
 hiburan yang dibenarkan menurut syariat  Islam.  
Selanjutnya
Kholidi memuji Kelantan, sebuah negeri yang dipimpin  ulama telah
mengambil pendekatan dengan menyantuni  (peduli)   artis
terutama artis yang berhijrah dengan  memberi mereka peluang meluahkan
perasaan kegembiraan mereka setelah berada di penghidupan baru dan pengalaman
mereka bisa  dikongsi  bersama. 
 Sebelum
Kholidi,  Kerajaan Kelantan melalui  Wakil Rakyat Ustaz Ahmah Baihaki
Atiqullah telah mengungang aktris atau heroin filem KCB ke Kota Bharu iaitu Oki
Setianadewi untuk program Bicara Selebriti siri terdulu. Ternyata sambutan yang
diberikan kepada kedua-dua  selebriti dari negara jiran itu  hebat
sekali. 
 Kalau
dulu Oki mengakhiri bicara dengan sajak, maka Kholidi juga kali ini berbuat
demikian, membaca saja yang ditulisnya secara spontan.
 Terima
kasih, hangatnya sambutanmu
Nama
Kelantan  asing bagi telinga ku
Pernah
dengar, namun tak akrab
Hari
kelmarin pertama dalam hidupku 
Jejak
kaki di bumi Kelantan bersama ibu, abahku
Begitu
senang dan sukacita
Sambutan
hangat masyarakat Kelatan yang ku rasakan.
Ibu,
dan abah ku juga merasakannya
Kami
cepat akrab di sini
Selamat
datang Kholidi bersama keluarga
Begitu
kami disapa masyarakat Kelantan
Suasana
sosok budaya Islam terlihat di sini
Pesantren,
sekolah Agama Sains dan Tahfiz gagah berdiri
Menjadi
erergy besar untuk membangun Kelantan
 ini
berbeza dengan negeri Malaysia. 
This
is a power of Kelantan
Islam
dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat dipayung
Assolatu
Khoirumminannaum
Assolatu
Khoirumminannaum
Suboh
aku dan kedua orangtuaku di Masjid Muhammadi
Terasa
tenang spirit Islam mula dibangun
Bersama
sejak Suboh hari di sini
Nasi
Kerabu menyambar kami dari Indonesia
Unik,
sedap, lazat, ohhh Nasi Kerabu
Budaya
masyarakat Kelantan yang dirindukan
Hanya
sekejap kami di sini
Suasana
sukacita akan terus kekal dalam memori 
Sepulang
kami ke Indonesia
Kelantan
terima kasih atas sambutanmu
Kalau
ada sumur di ladang boleh kita tumpang mandi
Kalau
ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi. 
Kholidi
Asadil Alam
 Foto :  Kholidi bersama kedua orangtuanya di
depan rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


No comments:
Post a Comment