![]()  | 
| Imuda melakar kartun di BSVN di majlis santai bersama kartunis. | 
Oleh: Rossem
 Tiba-tiba sebuah tulisan dimuat dalam  koran yang mempersoalkan kartun itu  harus dilukis hanya menjuruskan kepada pemujian
terhadap pemerintah. Maka sesiapa dari kelompok kartunis yang tak memuji pemerintah
dianggap karyanya   “keliru”. 
Wartawan  tak  mungkin menulis demikain. Wartawan hanya  perakam peristiwa. Mereka memetik kata-kata
dari salah seorang kartunis  saat sang
kartunis itu menyampaikan ucapan di sebuah majlis makan malam. Ketika kartunis
itu  berbicara  ia 
merasa dirinya berdiri di atas landasan yang betul sebagai seorang
kartunis.
Kartunis harus menjaga nama baik dirinya  dan teman-teman  kartunis  lain, justeru kartunis harus menghindiri daripada
melukis kartun yang bisa mengundang rasa marah pemimpin pemerintah.  
Selanjutnya kartunis 
yang terkenal dengan kartun jungle jokes itu berujaran “Kartunis tugasnya
 menyampaikan maklumat yang tepat dan
merakam sejarah bagi mendidik pembaca”
Walaupun umum mengetahui sebenarnya sosok itu bukan seorang
“political cartoonist” tapi lebih kepada pelukis realis yang hebat. Kartun-kartun
 yang pernah dihasilkan hanya bertemakan kehidupan
alam binatang bersama habitat hutannya 
(Jungle Jokes) yang dimuatkan  majalah kartun yang ia sendiri terbitkan. 
Sementara sosok  yang
bergelar  pencetus revolusi kartun di Malaysia pula berhujah,
kelompok kartunis tak sewajarnya mencemarkan industri kartun dengan penghasilan
karya yang menyinggung perasaan orang lain.
Seorang lagi yang rapat dengan kartunis tapi bukan kartunis,
sekarang menduduki jawatan tinggi dalam UMNO bahagian Pemuda pula menambah:
Jangan  menghasilkan karya  yang tak realistik atau berunsur tohmahan. 
Mungkin mereka   tidak berniat untuk menyinggung mana-mana
kartunis yang mendokong Pakatan Rakyat (PR). Lontaran opini mereka pada malam
itu  sebagai nasihat dari kartunis kepada
kartunis,  dari kartunis veteran kepada
kartunis baru atau dari abang kepada adek. 
Namun    pentas tempat
mereka  berucap telah  disediakan oleh UMNO. Konsortium Cartoonist
At Work dan Kelab Putera  1Malaysia  adalah sebuah NGO yang didokong UMNO. Bererti
ketua NGO itu orang UMNO, Justeru apa saja kenyataan yang keluar dari pentas
itu   dinilai  oleh kartunis dari kelompok pendokong PR
sebagai sebuah penyataan yang tidak tepat dan memihak. 
Bila  mereka
mengatakan  kartunis politik yang pro PR
dengan   karya  yang   mengkritik Perdana Menteri   dicop 
sebagai “keliru”. Maka mereka juga bisa dikatakan sebagai “keliru”
kerana ketika melontar kata-kata  itu,
kedua-dua kakinya berdiri di atas pentas ditaja UMNO. 
Mungkin kalau kartunis atau 
penganalisis  kartun terulung di  Malaysia seperti Prof. Dr Mulyadi
Mahmood menegur kartunis politik yang suka mengkritik pemerintah dan pemimpinnya,   umum
akan menerima, itupun sekiranya tidak diucapkan melalui  pentas politik mana-mana parti politik. 
Kartunis-kartunis yang bercakap pada majlis makan malam sempena
Program Pameran  Kartun dan Aminasi
1Malaysia, di Pasar Budaya, Kuala Lumpur, 24 Jun 2012 memang kartunis tersohor,
namanya dikenali ramai, tapi  bukan
kartunis politik. Mereka terkenal sebagai kartunis kelas hiburan ringan,
kecuali Mishar  kartun-kartun beliau
terselit  sindiran tajam (sosial critic),
namun belum bisa dikatakan  sebagai  kartunis politik.
Di Malaysia hanya dua atau tiga kartunis saja yang berani
melibatkan diri sebagai kartunis politik sepenuh masa dari  ratusan kartunis yang muncul. Mengatakan  mereka sebagai 
kartunis “keliru” adalah satu perbuatan yang tidak tepat, bahkan
mengundang tanggapan umum bahawa si penuduh itu sebagai jahil dalam bidang
kartun dan politik.  
Kartunis politik  adalah perakam peristiwa  bangsa, agama dan negara menurut persektif
mereka sama seperti  penulis atau
wartawan politik melaporkan setiap kejadian yang diperolehinya kemudian
memuatkan dalam media untuk bacaan umum. Ada
berita yang menyenangkan dan tak kurang 
yang menyinggung pihak lain. Yang membodek pemerintah dan mengkritik
pemimpin juga harus diterima dengan berlapang dada. 
Sesiapa pemimpin parti atau tokoh-tokoh politik yang dianggap
melakukan kesalahan kepada rakyat melalui tindaktandukannya, umpamanya tidak
berlaku adil kepada rakyat, menafikan hak rakyat, mungkir janji,  korupsi, salahguna kuasa, kroni dan
sebagainya, sama ada perbuatan itu disedari mereka atau sebaliknya harus
ditegur dengan apa cara sekalipun. 
Penceramah parti menegur melalui pentas ceramah, ahli
perlimen di Dewan Rakyat, penulis melalui makalah dan buku, penyair melaui
nukilan sajak, penyanyi melalui bait-bait lagu 
dan kartunis melalui lakaran kartun. Justeru, bila ada orang mengatakan
kartunis yang mengkritik pemimpin pemerintah tergolong sebagai “keliru”.
Rasional itu tak  dapat diterima.   
Dan khabar terbaru dari sebuah media perdana, memuatkan
kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz :
Akta Kehormonian Nasional (AKN) mengantikan Akta Hasutan tidak akan menghalang
mana-mana pihak membuat kritikan terhadap pemerintah dan pimpinannya, kecuali
menyentuh perkara yang sensitif seperti institusi raja-raja Melayu dan perkauman.
Pemerintah berpendapat kritikan kepada  pemerintah dan pimpinannya adalah “legitimate”
(sah) berhubung hak kebebasan bersuara mengikut perlembagaan. 
Saya sudah menjangkakan bila dibuat program mengumpulkan
semua kartunis Malaysia sekaligus  mengadakan pameran kartun di Pasar Seni  pasti terselit tujuan tertentu disebalik
perjumpaan yang sangat murni itu kerana ia dianjurkan NGO yang mendokong UMNO,
lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum 13,  namun sebagai kartunis saya  bersyukur kerana himpunan  itu 
mengambarkan  kartunis  mula digeruni.  


No comments:
Post a Comment