Oleh: Rossem
Bahasa Melayu masih menjadi bahasa pertuturan orang Melayu
di wilayah Selatan Thailand, terutama di wilayah Narathiwat dan Pattani, namun
di wilayah Yala yang juga majoriti orang Melayu , penggunaannya sudah semakin
berkurang, hanya orang dewasa dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan
fasih, manakala golongan muda, pelajar-pelajar sekolah baik lelaki mahupun
perempuan bercakap dalam bahasa Thai sesama sebangsa.  
Ketika di Yala, menghadiri sambutan “Melayu Day ke 5” pada
10-12 Februari 2018,  fokus saya  ialah kepada anak-anak muda Melayu berbual
sesama mereka, mahu tahu bahasa apa mereka gunakan.  Sebahagian mereka  tidak lagi menggunakan bahasa ibunda  sebaliknya menggunakan bahasa Thai. Satu
kejayaan besar   sistem pendidikan Negara Gajah Putih untuk
menghapuskan bahasa Melayu secara sistematik.
Tertarik dengan ucapan  politikus senior  dan mantan menteri kabinet Thailand, Wan Mohd
Noor Matha saat merasmikan wacana “ 
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Supernasional”  di dewan Majlis Bandaran Yala, beliau
menyebut; dahulu  bahasa Melayu
dituturkan hingga ke wilayah Satol, bahkan komuniti Melayu di Bangkok juga
menggunapakai bahasa Melayu sebagai pertuturan seharian sesama mereka , sekarang  tinggal orang-orang tua  berusia 80 tahun ke atas  sahaja boleh bertutur bahasa Melayu,
manakala  generasi baru sudah tak tahu
lagi berbahasa Melayu. 
“ Bila saya ke sana, bercakap bahasa Melayu dengan  orang tua berusia 80 tahun ke atas, mereka
menangis terisak-isak, katanya;  inilah
bahasa yang dituturkan datuk nenek  kita
dahulu.... kini sudah pupus”  Cerita  Wan Mohd Noor Martha.
Wan Mohd Noor Matha , 74, anak jati Yala, tokoh politik
Melayu yang disegani, anggota parlimen mewakili pelbagai parti, pernah menjadi
Menteri Pengakutan dan Perhubungan Thailand, Menteri Dalam Negeri, Menteri
tanpa portfolio, Menteri Pertanian, Speaker Parlimen  dan pelbagi jawatan penting dalam kerajaan
Thailand. 
Terdapat lebih 600 bahasa besar di dunia tidak termasuk dailek-dailek
etnik , bahasa-bahasa itu setiap tahun berkurang . Bahasa yang risiko  cepat pupus ialah bahasa yang dituturkan  kurang daripada seribu pengguna. Bahasa Latin
pernah menjadi bahasa besar zaman dahulu  akhirnya   berkubur. 
Kata Presiden Peradaban, Datuk A 
Aziz Deraman, salah seorang panelis pada wacana “Melayu Day”.  
Kenapa disebut “Melayu Day” tidak Hari Melayu?  Persoalan yang sentiasa bermain di
fikiran  khususnya kami dari
Malaysia.  Kenapa bahasa Inggeris
dicampuraduk dengan bahasa Melayu, sedangkan  acara itu  sebuah acara Melayu.  Penganjur
Haji Suhaimi menjelaskan;  atas
kehendak penganjur  yang mahukan  program itu bersifat internasional, maka
istilah “Day” itu dimasukkan bersama 
istilah “Melayu”.  Gabnur Yala
dengan kerjasama Majlis  Bandaran Yala
merupakan penganjur acara tahunan  yang kini
memasuki tahun ke 5.  Gabnur Yala bukan
Melayu. 
Sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan bahasa Melayu hanya
bahasa pertuturan entik-etinik Melayu di beberapa provinsi  seperti Riau, Kalimantan dan beberapa tempat
lain,  diguna juga sebagai bahasa
komunikasi di pelabuhan  iaitu di zaman
Belanda. Pedagang-pedagang memilih bahasa 
Melayu sebagai bahasa urusan jual beli kerana bahasa Melayu
bersifat  Nusantara. Pada 18 Ogos 1945
bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa 
rasmi Negara Kesatuan Republik Indonesia 
dengan sebutan Bahasa Indonesia. 
Kenapa tidak memilih bahasa Jawa yang jumlah penggunaannya lebih besar
berbanding bahasa Melayu.  menurut  Salahuddin, dosen bahasa Indonesia universiti
Pattani yang mewakili Indonesia pada wacana itu, bahasa Jawa  terlalu sulit untuk dipelajari, kerana
terdapat  kelas-kelas  tertentu, bahasa  kaum tani berbeza dengan   bahasa golongan pertengahan dan golongan bangsawan. 
 Sekarang bahasa
Melayu dituturkan lebih 250 juta penduduk 
Indonesia.  Tak termasuk di Malaysia,
Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Selatan Filipina.  Hakikatnya, bahasa Melayu  memiliki kekuatan tersendiri  setanding dengan bahasa-bahasa besar dunia
seperti  bahasa Inggeris, Perancis,
Rusia, Cina. Menariknya, universiti-universiti 
di Eropah, Rusia, China, Jepun  membuka  fakulti pengajian Melayu/ Indonesia   semata-mata untuk mempelajari salah satu
bahasa terpenting dunia. Untuk mengenali budaya Melayu harus lewat bahasanya.  Memperlajarinya maka  dapatlah mengenali siapa itu Melayu. Malangnya
sebahagian orang Melayu  sendiri memandang
remeh kepada bahasa ibundanya.  
Takrif Melayu mungkin perbeza diantara sesuatu negeri dengan
negeri yang lain. Perlembagaan Malaysia 
meletakkan Melayu itu sebagai bangsa  yang beragama 
Islam, sementara Negara Brunei Darusalam istilah Melayu tak semestinya
Islam.  Perlembagaan Brunei  mentakrifkan Melayu itu pada tujuh puak yang
ada di negara itu iaitu Melayu 
Brunei,  Tutong, Belait, Kedayan,
Murut, Bisaya dan Dusun.  Etnik-etnik ini
juga sebahagiannya terdapat di Malaysia ( Sabah dan Sarawak ) tetapi  takrifnya adalah sebagai peribumi.  Wakil Brunei, Ketua II Asterawani, Haji  Jawawi Haji Ahmad  menyebutnya pada diskusi yang diadakan di
Dewan Majlis Bandaran Yala. 
Itu cerita “Melayu Day”, bagaimana pula “Melayu Now” .
Sepanjang pengamatan saya di Yala, masyarakat 
Melayu di sana  masih mengamalkan
budaya Melayu.  Wanita  rata-rata bertudung,   lelaki ada yang berkopiah. Membuka kedai
makan  pilihan utama mencari rezeki .
Wanita lebih terserlah sebagai peniaga berbanding lelaki. Situasi dan
kondisinya  hampir menyerupai  kehidupan orang Melayu di  Negeri Kelantan. 
Saat menaiki keretapi dari Yala ke Sungai Golok yang mengambil
masa kurang lebih dua jam dalam posisi berdiri kerana penumpang ramai dan
kerusi penuh.   Setiap kali tiba di
stesen kecil, penjaja menaiki keretapi 
sambil menjinjing  kuih mueh yang
disikan di dalam bakul bersama air minuman untuk dijual kepada penumpang.
Kerja-kerja itu dilakukan  wanita Melayu.
 Orang Melayu  amat sedikit bekerja makan gaji  hatta mengemas kamar hotel  pun dimonopoli warga  Thai Buddha. Diskrimnasi tampak ketara. 
Seperti  kata Wan Mohd
Noor Matha, bahasa Melayu semakin kekurangan pengguna di Thailand ada
benarnya.  Generasi muda  di tiga wilayah Selatan  yang penduduk  majoriti Melayu  lebih selesa berbahasa Thai dalam percakapan
seharian sesama sebangsa.  Lihat sahaja
di Yala, bila diajak berbual  kekok   untuk
menyebut  istilah Melayu, kecuali mereka
yang sering berulangalik ke Malaysia. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker