Oleh: Rossem
Seseorang  bertanya
kepada saya,  Siapakah di dunia ini,
orang yang masih mampu berceramah di atas pentas politik dalam usia lebih 90
tahun?”  Saya diam sebentar, sambil  cuba mencari, 
kalau-kalau ada di Eropah, Amerika Syarikat, China. Tak pula temui.  Terbayang Ronald Reagan, mantan Presiden
Amerika Syarikat, usia beliau juga panjang, tapi setelah  meninggalkan Rumah Putih, tidak lagi bercakap
soal politik. 
Jawapan kepada pertanyaan itu atau orang yang dimaksudkan,  bukan berada di Eropah, Amerika Syarikat,
China, Rusia atau Arab, rupanya di  Malaysia. tak lain Tun Dr Mahathir
Mohamad.  Mantan Perdana Menteri Malaysia
selama 21 tahun. Orang Melayu (campuran).  Dalam usia 91 tahun kini, masih mampu  berceramah di atas pentas politik dalam
posisi  berdiri, bukan 10 minit,  bahkan ada ketikanya sehingga satu jam.  Tak kira ia dari parti mana, fokusnya kepada
kemampuan fizikal dan mental. Jarang ditemui. Dalam 10 juta belum tentu ada. 
 Maka hebatlah orang Melayu
(Malaysia), berbanding orang Barat dan Jepun, walhal negara-negara Barat  sering 
mendabit dada, merekalah  kononnya  pandai menjaga kesihatan, mencipta pelbagai
jenis alat senaman, tetapi dengan Dr Mahathir mereka kalah K.O!
 Di Malaysia tak
kurang juga hebatnya  ubatan tradisional.
Berpuluh-puluh  jenama herba jus atau
tonik  penjagaan kesihatan terdapat di
pasaran. Dari jus daun lidah buaya hingga jus mengkudu, semua jadi ubat.  Tetapi Dr Mahathir bila ditanya, bagaimana
Tun menjaga kesihatan. “Tiada rahsia diamalkan, cuma harus sentiasa mengamalkan
cara hidup sihat” jawab Tun.
Umur panjang atau pendek 
sudah dicatat dalam  luh mahfuz
sejak azali.  Sampai ketika, ajal akan
tiba, tak boleh dikurangkan atau dilebihkan walau sesaat. Kepada yang
dianugerahkan usia panjang, hendaklah bersyukur. Gunakan “masa kecederaan” itu
untuk  sesuatu yang bermanfaat buat  dirinya  dan masyarakat. 
Orang tua harus dihormati. Demikian budaya orang Melayu,
bahkan budaya mana-mana bangsa sekalipun 
menghormati orang tua adalah suatu yang dititikberatkan.  Maka amat 
janggal dan “tak kena”  kalau ada
orang muda mencabar orang tua berdebat atau apa sahaja baik menggunakan fikiran
atau fizikal. . 
Tentang Dr Mahathir, teringat kata-kata yang pernah
diucapkan  Tuan  Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Allahyarham
sebagai Mursyidul Am Pas  “ Dr Mahathir
orang bijak.....”. Kata  Nik Aziz. Saya
tak pernah dengar musuh politik Dr Mahathir memuji mengatakan; Dr Mahathir
orang bijak, hanya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.  Bahkan orang Umno sendiri pun ketika itu tak
memuji  dengan melafz kata-kata
seperti  itu. Mengapa Tuan Guru Nik Aziz
berkata begitu? 
Hanya orang bijak sahaja tahu dan  kenal orang bijak.   Hanya gembala sapi saja tahu dan kenal mana
sapi yang baik dan mana sapi yang huduh. 
Ditanya  tukang jahit, pasti
jawapanya tak tahu.   Tuan Guru Nik Aziz
tahu Dr Mahathir bijak, kerana Nik Aziz 
orang bijak.  Tuan Guru hanya kesal
: kebijaksanaan  Dr Mahathir  tak digunakan untuk Islam” .  Kalau digunakan untuk Islam, RUU355 sudah  dibentang di zamannya. Himpunan ungu di Padang
Merbok  pun tak berlaku. 
Tentang RUU355, sambil minum kopi pagi terdengar orang
bersembang  “ Saya menyokong 100 persen
RUU355.  Sokongan itu saya lahirkan
melalui peti undi pada  PRU13 dahulu
dengan memangkah lambang bulan purnama. Tugas saya sebagai pengundi sudah
selesai. Sekarang tugas wakil rakyat bentang RUU355 itu di parlimen. Kalau tak
bentang, di akhirat esok , jawab sendiri 
di hadapan Allah  SWT. “Saya sudah
amanahkan kepada beliau ‘. Kata lelaki separuh umur yang minum sebelah meja
saya dengan nada sedikit keras. 
Perbalahan politik antara Pas dan Amanah semakin tak
terkawal.  Sumpah seranah bukan saja di
meja mesyuarat, kedai kopi bahkan di pentas ceramah. Berbalas kata kesat di
facebook seperti makan kacang sambil santai. Ada seseorang bertanya saya dengan
sinis “ PAN (Amanah) nakal sangat,  anak
siapa?” Saya diam tak menjawab. Kemudian  lelaki itu   menjawab sendiri;   anak Pas, kerana lahir dari rahim Pas.
Kesilapan kedua ibu bapanya tak tarbiyah dengan betul. Justeru tak boleh
salahkan si anak seratus peratus. Di benak saya terbayang novel klasik Salah
Asuhan karya Abdoel Moeis terbitan Balai Pustaka, Indonesia yang pernah saya
baca di zaman kanak-kanak dahulu. Walaupun novel itu roman percintaan muda
mudi, namun  dalam politik juga ada
elemen salah asuhan atau salah tarbiyah seperti terdapat dalam novel itu. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
austine88
ReplyDeletelink austine88
link alternatif austine88
Bandar online slot dan togel
agen slot terlengkap
slot gacor
situs judi online
bandar togel
slot online terbaik
agen slot dan togel
situs togel dan slot
togel singapore
slot online terpercaya
agen slot
Pragmatic Play
Deposit pulsa
Deposit pulsa
livegames casino