Oleh: Rossem
Di Malaysia, ramai orang memiliki ilmu mencipta sengketa.
Jumlah itu semakin bertambah dengan bertambahnya alat  untuk menyebarkan sengketa.  Jarum untuk menikam seseorang boleh dikirim
melalui facebook, tweter, watShap, blok 
dengan hanya dikenakan sedikit kos  bil internet. 
Dahulu, kalau  marahkan  seseorang ,  jumpa bomoh, guna khidmat syaitan, kirim jarum
terbang  waktu malam, menikam mangsa yang
sedang nyenyak tidur.  Zaman santet sudah
berlalu. Datang pula media baru. 
Kebaikan media baru seperti facebook, tweter, watshap,
blok,  tidak dinafikan!  Kereta digunakan untuk kemudahan  berulang alik ke pejabat mencari rezeki,
membawa anak isteri makan angin, menziarahi  keluarga dan sahabat, ke pasar membeli
barangan keperluan. Kereta juga digunakan untuk tujuan pergi mencuri, merompak.
Bukan salah kereta, salah orang yang mengendalikan kereta.  Kereta tak masuk neraka!
Rakyat  Malaysia
khususnya orang Melayu, agak ke depan dalam mencipta sengketa terutama sengketa
sesama sendiri. Bijaknya mengalahkan orang Barat. Mereka akan  merasa hebat 
kalau dapat membongkar serta mendedahkan rahsia orang lain.  Jika diperingatkan, jawapannya ; kami
melaksanakan amal maarof nahi mungkar. 
Kejahatan yang dilakukan oleh seseorang 
individu mesti diwar-warkan kepada umum. Bukti di tangan!. Terimalah
hukumannya. 
Mencipta sengketa itu mudah, menyelesaikan sangat
sukar.  Ilmu mencari gaduh tak perlu  lepasan sekolah tinggi, sesiapa sahaja  boleh melakukannya.  Akibatnya maka tercetuslah pelbagai krisis
dalam masyarakat. Organisasi politik 
paling ke depan dalam bab  gaduh
ini, kalau di Malaysia ada sayembara khusus mencari juara gaduh, parti politk
pasti  meraih tempat utama, ke dua dan
ketiga. Walhal  pemimpin politik   adalah ikon rakyat. Tempat rujukan,
serta  tumpuan setiap  orang.
Seorang  kawan saya,  seorang politikus,  pernah mengambil mata pelajaran “Pengurusan  Krisis” ketika di universiti dahulu
mengeloh,  krisis yang melanda parti
politik sekarang  semakin parah, pemimpin
hanya tahu mencipta krisis, tapi tidak tahu untuk menyelesaikan krisis. Lalu
dibiarkan “krisis” itu seperti air banjir, 
ke mana mahu pergi tak dipedulikan. Dalam perjalanannya  air banjir telah  merempuh rumah, tanaman, ternakan sehingga
rosak binasa.  Tiada satu usaha,
bagaimana untuk menyekat air banjir daripada terus mengganas.
Secara  lucuan saya
menyarankan , sistem pembelanjaran Malaysia perlu diubah di peringkat menengah
lagi dengan memasukan mata pelajaran “Pengurusan  krisis” supaya 
generasi akan datang tahu dan bijak, bagaimana  untuk mematikan setiap krisis yang datang
secepat mungkin. 
Tentang pemimpin, teringat sebuah tulisan pernah dibaca;
seorang pemimpin yang baik, ibarat sebuah danau. Dia tak lasak seperti sungai
di gunung, tapi dalam. Dia tidak berada di puncak yang tinggi, tapi menampung.
Dia tahu bahawa sumbernya adalah air yang datang dari jauh di pendalaman;
sebuah telaga tak bermula dari air yang tergenang setelah kebetulan hujan.
Kerana itu, kepemimpin yang baik tak dinilai dari keberanian
bertindak. Kepimpinan yang baik terjadi ketika sesuatu tindakan maka tindakannya
dilakukan secara cermat dan berhemah . 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker