Oleh: Rossem
Seorang kawan dengan separuh cemas
bertanya.  Bagaimana dengan bai’ah Ahli
Parlimen Pas dari Kuala Krai setelah beliau mengistiharkan menyertai Parti
Amanah Nasional (Amanah) sekaligus menggotai jawatankuasa parti itu?.  Jatuhkah talak tiga sebagaimana dilafaz dalam
bai’ah ketika   mengisi borang untuk
bertanding calon PAS pada PRU ke 13 dulu. Saya bertanya beliau  “ kalau kereta anda rosak, anda panggil
posmen atau pomen?” beliau menjawab “tentulah panggil pomen”. Begitu juga
dengan urusan hukum hakam agama, biarlah orang alim mengulas. Serahkan kepada
pihak yang berautoriti menentukan hukum. Orang jahil diam saja” Saya tak dapat
menjawab pertanyaan anda, kerana bukan bidang saya. 
Gambaran itu, dalam konteks Pas memperlihatkan,
betapa cemas dan kalutnya rakyat memikirkan 
masalah politik yang berlaku di Malaysia.  Dari satu babak ke satu babak, dari satu
episod ke satu episod tak berhenti seperti air di pacuran.  Yang paling cemas ialah isu bai’ah dilakukan
Pas kepada setiap calon yang bertanding mewakili parti itu  pada pilihan raya umum atau kecil.
Bai’ah yang disyaratkan kepada
calon-calon Pas yang dipilih bertanding mewakili parti Islam itu ada dua, iaitu
bai’ah bersumpah, kalau menang tak akan meninggalkan parti, kalau meninggalkan
parti maka Allah, malaikat, dan seluruh pelaknat akan melaknat calon itu. Namun
bagi calon yang bertanding di negeri Kelantan, selain dari sumpah laknat ada
lagi tambahannya iaitu taklik; kalau meninggalkan parti, maka tercerai talak tiga
dengan isteri. Dr Mohd Hatta Ramli antara Ahli Parlimen Pas yang dibai’ahkan
dan bertaklik. Beliau  bertanding di
Kelantan iaitu Parlimen Kuala Krai dan menang. Bagaimana Dr  Hatta menghadapi situasi getir ini, hanya
beliau yang tahu. Isteri dan anak-anak beliau pasti terbungkam. Itulah harga
sebuah perjuangan!
Bai’ah wakil rakyat  Pas kepada parti (Pas) bermaksud calon atau
wakil rakyat menerima amanah daripada Pas sebagai wakil rakyat mewakili  Parti itu 
dengan janji setia memegang amanah, melentang  menirap, jatuh bangun  bersama Pas. Bai’ah ini tak boleh dilanggar,
jika dilanggar segala apa yang terkandung dalam bai’ah  akan terkena kepada si pelanggar. Termasuk
taklik bercerai talak tiga dengan isteri, itu pun kalau ada isteri. Kalau ada
dua isteri, kedua-duanya sekali terlibat, kerana dalam bai’ah  dinyatakan isteri dan isteri-isteri. Seperti
sudah mengetahui, calon Pas sebahagiannya ada isteri-isteri.
Meninggalkan Pas sedangkan mereka menang
dulu atas tiket Pas memanglah agak janggal. 
Seperti pasukan pemanah tentera Islam 
meninggalkan bukit Uhud kerana terpedaya dengan kilauan rampasan perang,
akhirnya menyesal. Khuatir mereka yang gopoh itu juga akan menyesal
kemudian  hari di atas tindak tanduk  mereka yang mungkin sebelum membuat keputusan
tak terlintas akan berlaku masalah sehingga serumit ini.  Namun, seperti kata Ahli Parlimen Shah Alam,
Khalid Samad, itu urusannya dengan Allah SWT.
Bagi Ahli Parlimen Shah Alam  itu, menurutnya, hukuman  melanggar sumpah bisa  ditebus dengan membayar kifarat dengan
memberi makan sejumlah fakir miskin. Khalid dan Dr Mariah Mahmud (Parlimen Kota
Raja) sudah pun menyempunakan kifarat dengan menjamu fakir miskin dalam kawasan
Parlimen yang diwakili mereka.
Senario yang berlaku itu adalah bertitik
tolak  dari sikap  wakil-wakil 
rakyat yang  tak amanah kepada
parti, membelakangi parti  yang mereka
sendiri perjuangkan sekian lama. Kata 
pemimpin Pas yang baru menang bila melihat ramai wakil-wakil rakyat dan
pendokong parti telah  terbatal sebagai
ahli Pas (secara otomatik)  kerana
menyertai parti lain. Seorang non -Muslim bertanya “ Bagaimana dengan kami
orang-orang Cina DAP yang mengundi Pas pada PRU13, setelah Pas menang,
kami  dimusuhi...itu kira tak amanah”.
Seorang lagi non-Muslim melontar opini agak kasar tentang pecah amanah “contoh
amalan yang mencemarkan imej jamaah Islam ialah khianat kepada rakan parti
dalam Pakatan Rakyat dengan meletakkan calon Pas bertanding di kawasan pilihan
raya yang telah dijanjikan kepada calon parti rakan. 
Kes bai’ah bukan perkara kecil, ia
merupakan akurjanji secara langsung dengan Allah SWT. Beranikah melanggarnya?.
Saya percaya, andai ditawarkan  satu juta
kepada wakil rakyat terlibat untuk keluar dari Pas menyertai parti lain, saya percaya
mereka tak akan berbuat demikian. Pendokong Pas sudah kenal siapa mereka. Kalau
mereka  mengejar material dari dulu lagi
mereka tak akan menyertai perjuangan Pas. Terjadinya demikian adalah
kerana  keinginan yang berbuak-buak untuk
menumbangkan  Umno/BN dalam pilihan raya
umum mendatang. Mereka yakin hanya melalui kesepakatan bersama dengan Pakatan
Rakyat, cita-cita untuk menguasai Putrajaya berhasil.  Sebaliknya Pas, terutama dibawah kepimpian
Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang dilihat tak serius ke  arah itu. 
Terbongkarnya isu bai’ah talak tiga
membawa Kesan yang mendalam kepada masyarakat Malaysia, selama ini isu bai’ah
cuba disembunyikan dari pengetahuan umum, walaupun ramai mengetahui dan faham
situasi dan kondisi yang berlaku di Kelantan terutama selepas PRU11. Bai’ah
dikatakan telah menyelamatkan Pas daripada santapan rakus Umno/BN. Pas ketika
itu memerintah Kelantan  dengan majoriti
satu kerusi dua  undi.  Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
sendiri cuba menyembunyikan bai’ah ini dari diketahui umum. Almarhum   penah ditanya wartawan “Benda ni tak ada
dalam kepala saya, tidak ada bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun
benda ni di Kelantan”. Jawab Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Inilah bahayanya pergaduhan dalam parti.
Ibarat suami isteri, ketika berkasih sayang semua indah belaka. Yang tak baik
ditutup rapat-rapat.  Bila bergaduh,
apalagi setelah bercerai berai, terbongkar segala rahsia.  Kurap panau, kudis, bisul semua diceritakan
kepada  umum , samada dalam keadaan sedar
atau terpaksa didedahkan seperti kes bai’ah talak ini. 
-Baiah Talak 3 pada asalnya adalah untuk mencegah ahli PAS lompat masuk UMNO.
ReplyDelete-Tapi Nakhoda Hadi Awang cuba bawa Kapal PAS masuk UMNO melalui Pelabuhan KERAJAANG PERPADUAN.
-Tentulah penumpang yang sadar akan terjun dari Kapal tersebut.
- Sekarang SIAPA YANG SEBENARNYA CUBA LARI DARI PERJUANGAN ASAL PAS
- SEPATUTNYA GENG "UG" YANG KENA SUMPAH TALAK 3 ITU, DAN BUKANNYA GENG GHB. Wallahuaklam.