Menteri paling
popular April 2015 
Oleh: Rossem
Menteri
kabinet Malaysia paling popular April 2015 ialah Datuk Ahmad Maslan. Setiap
bicaranya menarik perhatian orangramai. Cakapnya berbisa 
seperti gigitan nyamuk. Kerana itulah mangsa gigitan cepat-cepat
menghayung  tangan, melibas  sasaran. Tapi tak pula ia menunjukkan reaksi
marah  yang keterlaluan. Itulah kelebihan
yang ada pada si Ahmad.
Ahmad Maslan ialah timbalan menteri kewangan yang juga ahli parlimen Pontian, Johor. Rangking kepopularannya sepanjang April mengalahkan Menteri penuh. Kebiasaannya Timbalan Menteri kurang dikenali umum bahkan jarang diberi liputan media. Ahmad Maslan telah melakukan sebaliknya. Itulah kebijaksanaannya- pandai mencipta isu. Mungkin sengaja atau tak sengaja.
Ahmad Maslan ialah timbalan menteri kewangan yang juga ahli parlimen Pontian, Johor. Rangking kepopularannya sepanjang April mengalahkan Menteri penuh. Kebiasaannya Timbalan Menteri kurang dikenali umum bahkan jarang diberi liputan media. Ahmad Maslan telah melakukan sebaliknya. Itulah kebijaksanaannya- pandai mencipta isu. Mungkin sengaja atau tak sengaja.
Perbuatannya
 itu, 
sebenarnya mengundang  ketawa,
sindiran dan cemuhan orangramai. Antaranya 
ketika melontarkan opini mempertahankan tindakan kerajaan mengenakan  GST kepada rakyat. Kenyatannya banyak
menimbulkan kontradik antara satu sama lain. Sekali kata GST menguntungkan
rakyat, diketika yang lain  meminta
pelajar universiti masak sendiri makanan 
di kampus. 
Rakyat
melihat hujah yang dikemukakan  sepertinya
“kurang masak” . Ibarat  buah mempelam,
kalau kurang masak tentulah masam,  dan
kalau masam ramai tak menyukainya,    kecuali
orang mengidam.   Itulah punca beliau dikritik
secara sinis.
Cerita
yang tersebar ialah; dalam satu penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar
Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, si
Ahmad menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak
sendiri dari makan di luar, tujuannya  bagi mengurangkan beban cukai barang dan
perkhidmatan (GST) yang dikenakan  di
kalangan pelajar.
Saranan
itu  membuatkan pelajar-pelajar  universiti berpendapat adalah  mustahil untuk dilaksanakan kerana  undang-undang kampus universiti sendiri tidak
membenarkan pelajar-pelajar memasak di dalam kampus. Malah ada pelajar berkata
peralatan memasak dan alat pemanas air pun  tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus. Namun
Ahmad menafikan "Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri,
lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk
masak sendiri”.
Apapun alasan diberikan. Nama Ahmad Maslan menjadi terkenal berbanding menteri yang lain. disebut-sebut merata riti, meniti bibir, ditulis bermacam-macam dalam facebook/blogs. Walaupun tulisan itu berbentuk serangan bersifat negatif, hakikatnya sang menteri itu semakin popular dan dikenali ramai.
Apapun alasan diberikan. Nama Ahmad Maslan menjadi terkenal berbanding menteri yang lain. disebut-sebut merata riti, meniti bibir, ditulis bermacam-macam dalam facebook/blogs. Walaupun tulisan itu berbentuk serangan bersifat negatif, hakikatnya sang menteri itu semakin popular dan dikenali ramai.
Kata orang arif dalam bidang media; 
jika seseorang ahli politik, samada 
menteri, wakil rakyat tidak pernah walaupun sebaris ayat, cerita dan
fotonya masuk  akhbar,  menteri atau Yang Berhormat itu tergolong  politikus yang gagal. Sebaliknya Ahmad Maslan
bahkan    setiap hari sepanjang April wajahnya masuk
akhbar, kemudian dikomentarkan pula lewat fb oleh facebookers.  
Saya
pernah perhatikan seorang ahli politik, seorang wakil rakyat yang selama
menjadi ADUN  tak pernah masuk
suratkhabar,  kecuali berita serta foto ketika
bertanding pilihan raya umum. Ternyata untuk 
senarai  penggal kedua namanya
tercicir, walhal ia seorang wakil rakyat yang baik. 
Teringat almarhum mantan Mursyidul Am PAS merangkap  Menteri Besar 
Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau seorang politikus
yang bijak mencipta isu. 
Ada saja isu yang dilontarkan, kemudian isu itu  mencetus polemik di akhbar, Namanya  di sebut-sebut. Musuh-musuh  politik tak senang duduk. Jenuh berfikir
mencari jawapan yang jitu,  bagaimana
mahu menjawab isu yang dilemparkan Tok Guru. Cara berpolitik Tok Guru itu
justeru menjadikan politik PAS khususnya dan politik Malaysia amnya  sentiasa hidup, sentiasa menari- nari di
pentas masyarakat saban masa. 
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga demikian, ketika
menyerang kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, namanya naik
menjulang. Sekarang menyerang pula Datuk Seri Najib Razak.  Namanya kembali disebut. 
No comments:
Post a Comment