Mana makanan yang
tak kena GST?
Oleh: Rossem
Orang Malaysia suka bikin lucuan!  Datang sesuatu 
isu yang meraka tak setuju,   lalu dibuat lucuan. Tetapi, disebalik lucuan
tersirat sindiran tajam bab mata pisau, disebalik sindiran ada protes  yang 
pedas  , hanya protes itu
dijelmakan dalam bentuk kelakar , sehingga umum  menyangka,   ia tak
lebih sebagai sebuah lawak penglipur lara. Hakikatnya, itulah  cara orang Melayu menzahirkan kebencian
mereka.  
 Seringnya   diucapkan
di warung-warung kopi takala  menghirup
kopi panas dan makan nasi berlauk atau nasi kerabu.  kini  beralih
kepada media  dalam talian yang popular
seperti  facebook sebagai saluran
penyampaian yang tentunya  lebih luas. Tujuannya
tetap sama, agar penguasa negara  buka  telinga, dengar rintingan dan keluhan  rakyat.  Tetapi siapa pemimpin yang mahu dengari itu,  majoriti pemimpin  negara  dunia
ketiga  termasuk Malaysia tak  punya telinga,  jeritan 
rakyat  laksana anjing menyalak
bukit. Bukit tak runtuh. 
GST , itu singkatan dari perkataan Inggeris “Goods Services
Tax” . Seluruh rakyat Malaysia, daripada orang miskin, orang kaya, kakitangan
kerajaan, peniaga, buruh, petani, peladang, 
tahu menyebut GST.  Tidur malam
pun mimpikan GST.  Istilah itu sudah
sinonim dengan masyarakat Malaysia, sejak  diratib  sang penguasa hampir setahun lalu dan mulai
dikuatkuasakan  bermula 1 April 2015.  Setiap rakyat Malaysia dikenakan cukai sebesar
6 peratus. Kalau beli barangan dengan kadar RM100 dikenakan charge tambahan
RM6. Itu sifir yang senang difahami.
 Malaysia memang  gemar mengambil perkataan Inggeris dalam apa
jua istilah yang disingkatkan.  MAS,
FELDA, FAMA, KESEDAR,  TIC, MIC, MCA,
DAP, bahkan UMNO sendiri pun daripada perkataan Inggeris; United Malays National
Organisation, walhal ia  sebuah
pertubuhan politik nasionalis Melayu.  Hanya
Yang  langsung mengambil dari perkataan
Melayu ialah   PAS (Parti Islam
SeMalaysia- dari perkataan jawi) , PKR (Parti Keadilan Rakyat), ABIM (Angkatan
Belia Islam Malaysia)  dan beberapa lagi
nama pertubuhan dan badan berkanun . Kenapa berlaku demikian, kerana kita
pandang remeh kepada bahasa kita sendiri , walupun sudah 67 tahun merdeka.  
GST  dipopularkan dari
perkataan Inggeris (Goods Services Tax). Dilucukan  menjadi “ Gasak Sampai Tersangkur”, “Geram
Sangat Tu”, “Guna Sebelum Terlambat”,  dan
macam-macam  lagi dicipta  anak-anak muda yang kreatif bertujuan  menyindir elit-elit politik yang menjadi
kuasawan di Malaysia kerana  mengenakan
cukai ke atas rakyat dikala rakyat berhempaspulas menjalani hidup sukar  akibat penurunan harga getah dan peningkatan
harga barangan keperluan. 
Suatu pagi kebetulan saya minum kopi di sebuah kedai makan
pinggir jalan, datang seorang lelaki separuh umur memilih kuih-kuih di atas
meja sambil bertanya “ Mana kuih yang tak kena GST?” . Walaupun pertanyaan itu
separuh lucuan, realitinya,  itulah  kesan daripada cukai yang dipaksakan  ke atas rakyat sehingga minda rakyat terganggu. 
Setiap kali datang  isu, istilah-istilah seperti itu dicipta.  Yang paling banyak istilah lucuan dicipta ialah
di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri  Malaysia, olehkerana tempoh kekuasaan beliau
paling lama (21 tahun), maka  banyak perkara  baru diperkenalkan.   Setiap datang idea baru yang dilontarkan Perdana
Menteri,  rakyat justeru jadi terkejut, sebagai
protes , lalu terciptalah   istilah-istilah bertujuan menyindir. 
Antaranya memutar jarum jam. Rakyat Semenanjung yang sejak
berzaman menggunapakai jam hitungan Inggeris, tiba-tiba dicepatkan setengah
jam,  6.30 minit diubah kepada pukul
7.  Maka ramai mempersendakan idea Dr Mahathir
itu, sehingga disebut jam Mahathir. 
Kemudian hitungan batu diubah menjadi kilometer. Tak kurang pula yang mempertikaikanya
, sehingga  ada orang masuk restoran  meminta  “ air kilometer satu gelas” (air batu-ais
sirup).  Begitu juga dengan kiraan inci
dan kaki  diganti dengan sentemeter.
Ramai yang pening kepala ketika itu.
Walhal perubahan dilakukan Dr Mahathir itu tidak menjejaskan
dari segi ekonomi. Hanya  sekadar mahu
menyesuaikan dengan semangat zaman. Kerana sebahagian besar negara dunia menggunapakai
hitungan sementer dan  kilometer. Pun
begitu terbit  juga   sindiran-sindiran tajam dilontarkan  terhadap idea Perdana Menteri itu.
Tapi GST yang diperkenalkan di zaman Datuk Seri Najib Razak,
perdana Menteri Malaysia jauh berbeza, ia suatu cukai yang dipaksakan  ke atas 
rakyat, walaupun dilumuri  bedak
untuk mewangikannya, tetap juga busuk. Maka benarlah seperti  kata istilah yang dicipta anak-a nak muda
yang kreativiti;  GST itu adalah  “Gomo Sampai Terkencing”. 
No comments:
Post a Comment