![]()  | 
| Bersama aktor Ketika Cinta Bertasbih, Kholidi Ashadil Alam | 
Oleh: Rossem
 Sekitar tahun 60an filem-filem Hindustan 
menghantui orang Melayu. Aktor dan atres 
seperti Shammi Kapoor, Rejendra, Dev Anand, Hemma Malini dan pelawak
Mehmood menjadi sebutan anak-anak muda, bahkan potongan rambut, fesyen pakaian
mereka menjadi ikutan. Itulah  kemuncak
zaman kegemilangan filem bollywood bagi orang Melayu. 
Awal  80an,  filem-filem  Hindustan mula  diketepikan, sebaliknya filem-filem  Indonesia  mengambil tempat di Malayisa khususnya bagi orang
Melayu. Filem-filem seperti Si Pitung, Si Pitung Benteng Betawi, Saimun Dasima,
Pahlawan Sembilan, filem  bercorak remaja
seperti Daun-Daun Berguguran, filem perang seperti Mereka Kembali dan  filem penyiasatan ala bond seperti Jakarta, Hong Kong, 
Macau menjadi kegemaran orang Melayu.
Penguasa bioskop  untung besar. 
Filem boleh menyatukan bangsa yang
berpecah. Filem boleh mendekatkan yang jauh. Hubungan yang retak antara dua
negara serumpun Indonesia- Malaysia suatu masa dulu dirapatkan kembali lewat
budaya.  
Setelah  konfrantsi tamat sekitar  tahun 1963, pertama-tama  yang dikirimkan ke Malaysia
oleh Indonesia
ialah rombongan kebudayaan yang terdiri dari penyanyi dan penari.  Kalau tak salah, artis   Titik
Puspa bersama  pelawak terkenal Bing Slamet.
Mereka  mengadakan  konsert  di Kuala
  Lumpur dengan Radio- Televisyen Malaysia-Indonesia
(RTM-TVRI) membuat lintas  langsung.  Diikuti kemudianya rombongan budaya  dari Malaysia
terbang  ke negara tetangga Indonesia untuk mengadakan persembahan yang
serupa di sana.
![]()  | 
| Penulis bersama Sutradara Bapak Chaerul Umam di Jakarta | 
Peminat filem-filem Indonesia di
Malaysia waktu itu dapat menghafal  satu
persatu nama-nama aktor dan aktres terkenal  seperti Sandy Swardy Hassan, Dicky Zulkarnian,
Rahmat Kartolo, Maruli Si Tompel, Widyawati, Rohayu Afendy dan lain-lain.  
Waktu itu majoriti  filem-filem Indonesia berkisah tentang  tokoh perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan
dari Belanda, namun filem-filem percintaan, kisah   masyarakat dan remaja juga banyak.
Penyebab  utama peminat filem di Malaysia tertarik dengan filem-filem Indonesia
ketika itu ialah, filem -filem dari seberang dibikin dalam warna, sebaliknya
filem-filem lokal masih berkira-kira dari hitam putih kepada warna. Dalam bab
ini, Indonesia mendahului Malaysia
setapak ke depan. 
 Sementara filem  Islami atau dakwah belum galak seperti
sekarang, namun  pada penghujung era
kegemilangan  filem layar lebar Indonesia
di Malaysia, filem  Al-Kautsar, iaitu
satu-satunya filem dakwah sudah ditayangkan di pawagam Malaysia (1977). 
filem tersebut  dianggap sebagai filem dakwah yang berjaya
dan pernah menerima  penghargaan
khusus di Festival Film Asia di Thailand. Al-Kautsar juga dibikin dalam bentuk sinetron
(drama bersiri) dan pernah ditayangkan di televsyen Malaysia berbayar pada 2010
berbulan-bulan lamanya.
Menonton sinetron Al-Kautsar membuat
   kelopak mata tak mahu berkelip. Perhatian
terfokus hanya pada layar televisyen kerana sang sutradara bijak bermain
suspensinya sehingga penonton tak sabar untuk menunggu klimik cerita. Demikian
setiap malam selama siri itu dimainkan di televsyen  Malaysia.  
Sutradara filem Al-Kautsar tak lain
ialah Chaerul Umam,  salah  seorang sutradara senior Indonesia yang banyak menerima  penghargaan baik di dalam mahupun luar negara
kerana mutu filem yang dihasilnya amat berkualiti. Beliau  merupakan murid dari sutradara terkenal
Indonesia, Asrul Sani, sememangnya terkenal dengan  menyutradarai filem-filem  bernafas Islami  seperti  
'Titian Serambut Dibelah Tujuh' dan 'Nada dan Dakwah'. 
Menerima pendidikan dari fakulti  psikologi Universiti Gadjah Mada Yogyakarta.
Sebelum ke filem aktif jadi aktor teater di Teater Amatir (1964-1966), lalu
ikut Bengkel Teater Rendra (1966-1970). Pindah ke Jakarta pada 1970 dan bergabung dengan Teater
Kecil pimpinan Arifin C. Noer (almarhum). 
Saat dunia filem Indonesia koma, bahkan ketika sinetron
(drama) negara itu dipenuhi dengan cerita-cerita bertema hantu,  lelaki 
kelahiran Tegal, Jawa Tengah, 4 April 1943 itu, tetap istiqamah dengan
sinetron Islami dengan menampilkan presepsi 'dakwah'-nya. 
seperti ,'Maha Kasih', 'Jalan Takwa', 'Jalan Lain ke Sana', 'Astagfirullah'. Dan tahun-tahun kebelakangan ini menyutradarai filem boxoffice, baik di negaranya Indonesia mahupun Malaysia iaitu filem 'Ketika Cinta Bertasbih' yang diangkat dari novel karya Habiburrahman El Shirazy dan terbaru “Suci Cinta Zahrana”.
seperti ,'Maha Kasih', 'Jalan Takwa', 'Jalan Lain ke Sana', 'Astagfirullah'. Dan tahun-tahun kebelakangan ini menyutradarai filem boxoffice, baik di negaranya Indonesia mahupun Malaysia iaitu filem 'Ketika Cinta Bertasbih' yang diangkat dari novel karya Habiburrahman El Shirazy dan terbaru “Suci Cinta Zahrana”.
Pertemuan singkat dengan beliau di Jakarta, 23 Oktober 2012 lalu amat bermakna.
Setelah berpuluh tahun mengenali sang sutradara perfileman senior Indonesia itu
hanya lewat tulisan yang tertera pada layar lebar atau skrim televisyen, maka pada
malam itu, melalui  Program Silaturahim Kerajaan
Negeri Kelantan yang dipimpin Penolong Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat,
Sains dan Teknologi Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bersama  Selberiti Islami Indonesia,  di sebuah majlis makan malam di Jakarta,  saya  berpeluang  bertemu beliau. 
Ikut hadir pada pertemuan itu ialah aktor dan aktres  “Ketika Cinta Bertasbih”(KCB)  yang memegang peranan sebagai Mass Azzam dalam
filem KCB iaitu aktor tinggi lampai, Kholidi Ashadil Alam dan Oki Setiana Dewi.
 Sehari sebelum itu,
di Bandung bertemu dengan aktres Medya Sefira dalam sebuah majlis makan malam
bersama. Medya Sefira membintangi filem “Suci Cinta Zahrana” juga disutradarai
Chaerul Umam. Ustaz Ahmad Baihaki menjemput beliau ke Kelantan sebagai panelis
Program Bicara Selebriti yang direncanakan akan berlangsung 30 November 2012. 
Kegembiraan terpancar di wajah Kholodi Ashadil Alam bila
saya memberitahu beliau, saya yang melakar karikatur yang dihadiahkan penganjur
HAI kepadanya saat 
mengambil bahagian sebagai panelis Bicara Selberiti  yang berlangsung di Dewan Kelantan Trade
Centre tiga bulan lalu. “Alhamdulillah, tak sangka dapat bertemu kartunisnya.
Karikatur itu saya simpan baik-baik, malah saya paparkan di wall facebook”
tutur beliau.
Benarlah kata orang; filem boleh
menyatukan bangsa yang berpecah. Filem boleh mendekatkan yang jauh!


No comments:
Post a Comment