Oleh: Rossem
 Wajah-wajah resah dan ketakutan disekitar  kita mula berkokok setelah  sekian lama membungkam. Namun kokokkan  mereka kali ini tidak lagi digeruni kerana taji
di kakinya sudah kepatahan.
Pahlawan-pahlawan  yang kehilangan keris itu    merasakan diri mereka  akan 
terancam jika  tokoh politik yang
satu ini  mencapai kemenangan pada
pilihan raya umum 13 nanti dan Pakatan Rakyat (PR)  membentuk kerajaan, kerana suatu masa dulu
(1998) mereka sebahagian daripada individu yang berkerja keras mengaibkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan mengiringnya ke penjara. 
Inilah saat sesuai 
untuk  golongan ini   bersuara
dan bertindak, biarpun dendangan lagunya sudah ketiggalan zaman, rentak
keroncong tak lagi menarik minat orangramai, ditambah pula dengan muziknya  yang sumbang, namun sekurang-kurangnya hati
mereka  puas lantaran dapat terus menerus
dengan kerja-kerja menakut-nakutkan rakyat supaya jangan mengundi   PR pada PRU 13 ini.
Golongan ini hanya fikirkan   mahu
hidup selamat di Malayisa, lebih-lebih lagi takala usia semakin lanjut. Mereka
sangat mengharapkan  tiada  cubaan membongkar kesalahan masa lampau  mereka yang boleh mengheret ke muka  pengadilan. 
Dan yang dapat memenuhi impian ini tak lain hanya   jika  UMNO/BN
terus berkuasa.  
Dihinggapi penyakit resah gelisah ini diketahui lewat kenyataan
yang dilemparkan kadang-kadang janggal bunyinya, menjadi bahan  kritikan umum, bahkan membikin  ketawa orangramai. Pakar psykologi sangat
arif dengan orang-orang seperti ini dan bersetuju jika  dikatakan ketakutan golongan ini berada  pada tahap kritikal. 
Ada seorang individu
berpenyakit resah ini memberi amaran akan wujud gerakan yang mahukan
kemerdekaan Malaysia
kali kedua. Mahu menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan menukar Jalur
Gemilang.  Rakyat ketawa dengan argumen
itu kerana Pakatan Rakyat melalui dasar bersama dan Buku Jingga sentiasa
menjunjung prinsip Perlembagaan Negara, menghormati Raja-Raja Melayu dan  menolak Sang Saka Malaya.
Golongan ini  juga
bertindak atas nama NGO. Salah satu dari NGO tersebut terkenal dengan tindakan  ala samseng.   Membaling batu ke arah pemimpin  PR, 
kereta, markas   merupakan hobinya.
 Merosakkan kenderaan yang digunakan
pemimpin dan pendokong Pakatan Rakyat adalah agendanya, seperti berlaku ke atas
bas Jelajah Merdeka Pakakatan Rakyat di Kota Bharu baru-baru ini disimbah
dengan cat merah dan diketuk cermin. 
Paling jijik, menyerang Anwar Ibrahim ketika menyampaikan
tazkirah Maghrib di Masjid Al- Husin, Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Gerombolan
 itu  juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling sepatu  ke
dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan loud
hailer bertujuan menganggu  Anwar yang ketika itu sedang menyampaikan
tazkirah.
Hakikatnya mereka khautir jika PR berkuasa, Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri akan membalas dendam diatas  kezaliman yang pernah dilakukan terhadap  beliau dahulu. Tapi Anwar sudah memberitahu
beberapa kali, PR tidak akan membalas dendam kepada sesiapa. “Falsafah kami
di  PR, tidak ada istilah dendam
politik”. Kata Anwar. 
 Namun siapa akan
percaya?. Presiden Hosni Mubarak di Mesir juga akhir hidupnya di penjara,
Muammar Ghadafi di Libya mati dibunuh, Taksin di Thailand terpaksa mencari
suaka politik di luar negara sesudah tak lagi berkuasa di negaranya. Demikian
sunatullah, mereka yang pernah menzalimi orang lain tak mungkin terlepas bebas
dari pembalasan semasa di dunia, dan di akhirat juga menunggu hukuman yang lebih
berat setimpal dengan perbuatannya yang lalu. 
Apa  yang menimpa ke
atas tokoh-tokoh dunia itu sebenarnya menjadi igauan ngeri dan menyeramkan,
lagipun ia baru kelmarin  berlaku, masih
segar dalam ingatan. Omongan kerajaan PR nanti 
tidak akan mengambil tindakan ibarat musang menari di hadapan ayam,  ayam leka musang pun terkam; demikian  persepsi mereka disebabkan rasa ketakutan yang
mendalam.  
Golongan yang benar-benar  resah gelisah ini terdiri mantan Perdana
Menteri, politikus tertentu dan  pesara  pejawat awam yang terlibat dengan kasus
menfitnah Anwar. 
Namun rakyat biasa juga  lewat firasat mereka  merasakan akan berlaku sesuatu yang luar
jangka  pada keputusan pilihan raya umum
ke 13 ini, Pengamat politik mengandaikan demikian  setelah melihat situasi dan kondisi politik
Malayisa mutakhir ini begitu caca marba. 
Misalnya,   kebencian 
terutama oleh anak-anak muda dan pelajar kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Razak  dilakukan secara
terbuka. Tindakan  mengaibkan  Perdana Menteri dapat dikesan sejak peristiwa
menurunkan potret Najib di perkarangan  Ibupejabat UMNO, Kuala Lumpur,  berterusan kepada kejadian memijak potret
beliau sewaktu perhimpunan menyambut ulangtahun ke 55 kemerdekaan Malaysia
baru-baru ini.  Tak cukup dengan pijak potret
disusuli pula dengan   aksi menungging punggung kepada potret.  
Fenomena  seperti ini
tak pernah berlaku kepada Perdana Menteri-Perdana Menteri  terdahulu. Marah rakyat kepada Dr Mahathir
Mohamad setakat  mengelar Maha Firaun.  Potert beliau selamat dari mangsa pijakan sepatu.
 Rasional kemarahan rakyat  waktu itu juga boleh diterima kerana Dr
Mahathir memerintah negara terlalu  lama
iaitu 22 tahun.
 Kebencian rakyat kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah
Ahmad Badawi tidak dilakukan sehingga  memijak 
potret beliau, hanya gambar beliau tertidur waktu mesyuarat dan bersama
ratu cantik saja disiarkan. 
Najib baru tiga tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan
belum pun menghadapi pilihan raya umum,  namun sudah menghadapi pelbagai bentuk protes
dari rakyat dengan pelbagai cara. Justeru, jangan hanya ghairah mahu menghukum  anak-anak muda di atas peristiwa memijak
potret dan tungging punggung, tapi harus membuat kajian dan muhasabah diri;
kenapa anak-anak muda melakukan tindakan keji seperti itu terhadap beliau.
No comments:
Post a Comment