
 Kota-kota besar seluruh dunia terutama di  negara umat Islam menjadi lokasi unjuk rasa
umat Islam  memprotes pembikinan  klip vedio  berjudul “Innocence of Muslims” oleh Sam
Bacile yang menghina Nabi Muhamad saw. 
Sehingga kini dikhabarkan 30 orang menjadi korban termasuk
seorang diplomat Amerika Syarikat di Libya, bila pejabat kedutaan negara kuasa
besar itu dibedil perusuh.  Kebetulan  klip vedio   itu 
dibuat di Amerika oleh warga Amerika, Nakoula Basseley Nakoula, 55,
Kristian Koptik yang  menggunakan nama
samaran Sam Bacile.
Klip vedio  itu  sudah ditonton lebih seratus juta  penonton  melalui youtube di seluruh dunia kecuali
beberapa negara seperti Libya,
yang menyekat aksesnya daripada memasuki negara tersebut.
 Barangkali Sam Bacile
boleh menarik nafas lega kerana usahanya menerbitkan klip vedio  seumpama itu berhasil mencapai matlamat yang
diidam-idamkan, iaitu mahu melihat umat Islam seluruh dunia marah di atas  perbuatan jahatnya, sehingga mengerakkan
massa keluar ke jalan-jalan raya sambil berteriak mengutuk Sam Bacile,  juga negara tempat klip vedio  itu diterbitkan iaitu  Amerika  Syarikat. 
Klip vedio  “Innoncence of Muslims” bukan filem pertama
dibikin bertujuan untuk menghina Islam, sebelum ini umat Islam dikejutkan
dengan filem “fitna”. Selain media filem, suratkhabar khususnya di Barat pernah
beberapa kali memuatkan tulisan dan karikatur yang menghina Nabi Muhamad saw. 
Pejabat penerbitan suratkhabar sayap kiri, dan libertarian itu telah dibom pada 2011 selepas ia menerbitkan edisi Sharia Hebdo, yang juga menyinggung umat Islam.
Kurang lebih lima belas tahun dulu seluruh dunia Islam dikejutkan dengan seorang penulis Inggeris asal India, Salman Rushdie kerana menulis novel “The Satanic Verses" (Surah Syaitan) yang terang-terang menghina kitab suci al-Quran. Sang penulis mendapat dukungan pemerintah Inggeris dengan melindungi keselamatan beliau daripada ancaman umat Islam yang mahu melenyapkan dari muka bumi ini. Pemerintah Iran telah menawakan ganjaran jutaan ringgit kepada sesiapa yang berjaya membunuh penulis kontraversi itu.
Ratu Inggeris telah menganugerahkan gelaran Sir kepada Salman Rushdie, menunjukkan betapa sayangnya Inggeris kepada Salman, namun rutin kehidupan seharian penulis itu seperti dalam sebuah penjara, pergerakannya terbatas, tak berani ke tempat awam tanpa dikawal pengawal bersenjata. Lalu kita pun bertanya; Anda gembirakah dengan kehidupan seperti itu wahai Salman Rushdie?”.
Nasib sutradara filem “Fitna”, Theo van Gogh mati ditembak di sebuah jalan di Amsterdam oleh seorang pemuda Islam asal Maghribi, Mohammad Bouyeri, yang menganggap perbuatan Theo melukakkan hati umat Islam tidak dapat dimaafkan dan semestinya dihapuskan riwayatnya di atas muka bumi ini dengan cara hina, sepertimana ia pernah menghina diriku dan umat Islam. Tulis Mohammad Bouyeri pada secebis kertas dan diletakkan pada mayat itu sesudah pembunuhannya.
film ini adalah kombinasi antara petikan  teks al-Quran, ayat 60, surah Al-Anfal yang
menyebut tentang perintah Allah agar umat Islam menghimpun kekuatan dan
mendatangkan rasa takut ke hati musuh kamu, diikuti dengan klip vedio ketika pesawat terbang merempuh bangunan  World
  Trade Center New York,
11 September 2001. 
Kartunis Denmark yang melakar serban Nabi saw berbentuk bom juga khabarnya sudah mati akibat api misteri yang membakar hangus dirinya. Menurut cerita yang dipungut dari internet, saat orang memburu untuk membunuh Kurt, beliau melarikan diri ke bilik bawah tanah dan kemudiannya menjumpai kurt dalam kondisi terbakar hangus. Kematian Kurt menunjukkan betapa berkuasa Allah SWT, walaupun pengaturan keselamatan foolproof, tiada dapat menyelamatkan dia dari akhir tragis.
Perbuatan musuh-musuh Islam didalangi Yahudi menghina Rasulullah saw dengan pelbagai cara, menggunakan media masa yang pelabagai sewajarnya dikutuk setiap umat Islam yang beriman, namun perbuatan mereka menghina Nabi Muhamad saw itu dilakukan atas dasar mereka non-Muslim, bererti bukan suatu hal yang pelik. Anjing mengigit manusia itu lumrah, tapi kalau manusia mengigit anjing itu luar biasa.
Yang pelik lagi luar biasa ialah umat Islam sendiri ada yang menolak syariat Islam daripada dipraktikkan dalam pemerintahan negara, misalnya terangan-terangan menolak hudud, mengatakan Nabi saw tak bercukur kerana di zaman itu tak ada pisau cukur, jika tidak Nabi Muhamad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Olehitu tak perlu mengagung-angungkan Nabi Muhamad. Ucapan-ucapan seperti itu jelas menghina Rasulullah saw tapi dibiarkan tanpa diambil tindakan.
Hakikatnya musuh-musuh Islam mahu melihat umat Islam menjadi
 histria, keluar ke lapangan, berteriak
menjerit  melepaskan angin amarah  yang membengkak  dada, marahnya bukan alang kepalang   kepada musuh yang berada beribu-ribu batu
jauhnya. 
Di balik tingkap gedung mewah di kota-kota besar seperti New
 York, 
Paris dan London  musuh melihat
dengan senyum lebar, hatinya puas, matlamatnya 
membangkitkan kemarahan umat Islam berhasil. Sedangkan umat Islam sendiri
tak pernah bertanya diri mereka “ Berapa buah filem tentang perjuangan
Rasulullah saw dihasilkan?”.

No comments:
Post a Comment