Oleh:
Rossem 
Masih
ingat, namanya Aishah, 14, dengan separuh senyum  mendekati meja makan di
sebuah warung di Kota Bharu. Gadis hitam manis dengan hidung sedikit mancung
berpakian baju kurung Melayu berbunga-bunga dengan berkerudung itu
 kemudiannya menghulurkan  senaskah surah Yassin kepada pelangan yang
sedang makan. Tanpa berkata apa-apa, cukup dengan lirik mata,  
pelangan sudah tahu, kanak-kanak perempuan 
itu sebenarnya meminta sumbangan wang dari pelangan.
 Ada
pelangan yang membeli naskah Yassin dengan harga RM5, namun paling ramai hanya
menghulur  seikhlasnya   seringgit atau dua ringgit bergantung kepada
kemampuan, bahkan ada yang tak memberi  langsung. 
 Setelah
memperolehi wang, ia beredar ke meja lain, melakukan perkara yang sama, begitu
seterusnya dari pagi sampai sore. Mereka berkelompok, tiga atau empat orang
beroperasi di satu-satu lokasi yang ramai orang seperti di kedai-kedai makan,
pasar dan terminal bas atau teksi.
 Kanak-kanak
perempuan  seperti Aishah dan rakan-rakan  yang usia seperti itu
sepatutnya bukan berada di jalanan tapi di bangku persekolahan, namun
olehkerana situasi  dan kondisi di
negaranya tidak aman lantas datang ke Malaysia menumpang kasih umat Islam
Malaysia khususnya Kelantan.  
 Selain
Aishah, kanak-kanak lelaki Rohingya  yang
sebaya dengan Aishah  juga  berkeliaran mendapatkan simpati orangramai.
Mereka  menjual naskah Yasin atau tisu
seperti Aishah. Barangan yang dijual itu  hanya sebagai mengelabui mata,
sedang tujuan sebenarnya meminta sumbangan  orangramai dengan cara
terhormat.
 Itulah
panorama Kota Bharu tiga tahun dulu, takala ramai kanak-kanak Muslim berbangsa
Rohingya dari Myanmar datang mencari kehidupan yang aman di negeri bergelar
Serambi Mekah. 
 Kelantan
menjadi pilihan mereka kerana negeri itu  berbatasan dengan Thailand.
Pendatang Rohingya  memasuki Kelantan melalui jalan darat  Thailand dan memasuki  perbatasan Selatan
Thailand –Malaysia (Kelantan) di Rantau Panjang.  
 Mereka
 tiada memiliki paspot kerana etnik  Muslim Rohingya  tidak
diiktiraf sebagai warganegara Myanmar, walhal wilayah  Arakan,  yang berbatasan dengan Bangladesh
tempat mereka bermukim adalah tanah tumpah darah mereka sejak turun temurun. 
 Pemerintah
Myanmar yang dipimpin junta tentera, General Thein Sein pernah menegaskan
bahawa kewujudan etnik Rohingya di Myanmar sememangnya tak diterima  oleh
pemerintah  Myanmar kerana kelompok ini adalah pendatang dari Bangladesh.
Sementara Bangladesh menafikan etnik Rohingya sebahagian dari bangsa
mereka.
 Menurut
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), etnik Rohingya sebagai kelompok
minoriti yang paling dilupai dan dizalimi di dunia. 
 Kerajaan
junta  negara itu memberi laluan kepada etnik Rohingya untuk keluar dari
Myanmar, tapi untuk memasuki negara itu kembali mereka akan dihalang dengan
alasan tak punya paspot. 
 Kini,
sudah tiga tahun kanak-kanak perempuan bernama Aishah dan teman-temannya tak
kelihatan di Kota Bharu atau mana-mana tempat di Kelantan. Nasibnya tidak
diketahui, sama ada ditangkap pihak berkuasa Malaysia (imigresen)
kemudian  diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi  Pelarian (UNHCR) atau pulang ke negara asalnya Manmyar
melalui jalan gelap dan kemungkinan menerima nasib buruk di sana.
 Menurut 
pegawai  imigresen   Malaysia  yang bertugas di depot
tahanan imigresen  di Tanah Merah, Kelantan, pendatang tanpa izin (illegal
) yang berada  di Malaysia, jika ditangkap akan ditahan di depot
imigresen  sebelum dihantar pulang ke
negara masing-masing, namun bagi pendatang Rohingya mereka tidak dihantar ke
Myanmar, sebaliknya diserahkan kepada UNHCR, pegawai dari UNHCAR kemudiannya
menyoalselidik mereka untuk menentukan mereka benar-benar Muslim Rohingya. Jika
berpuas hati, UNHCR akan keluarkan kartu khas dan mereka bebas tinggal di
Malaysia dan bekerja di negara ini. 
 Sebahagian
 lelaki Rohingya yang datang antara 10 atau 15 tahun dulu ke Kelantan
bernikah dengan warga lokal, hampir setiap desa ada kaum Rohingya di sini,
mereka menjalankan perniagaan kedai makan.  Biasanya mereka adalah pembuat  roti
canai, capati dan roti nan yang mahir. 
 Wajah
mereka sama seperti orang Bangla (Bangladesh). Yang berusia 40an gemar
makan  sireh pinang.  Maka jangan merasa aneh, jika melihat orang
Rohingya  mulutnya merah. 
 Dulu
 ramai yang tidak mengetahui, Muslim Rohingya diseksa begitu dahsyat di
tanah tumpah darahnya di wilayah  Arakan,
yang berbatasan Myanmar- Bangladesh, kerana media  terutama dari Barat
tidak pernah melaporkan, sementara warga Rohingya yang berhijrah ke Malaysia
juga tak pernah menceritakan situasi sebenar di negaranya. Mereka lebih senang
menyimpan rahsia daripada  menceritakan kepada umum seputar kekejaman
pemerintah Rangon ke atas umat Islam Rohingya. 
 Konflik
yang berterusan ini memperlihatkan pembabitan dan kerjasama jelas antara polis,
tentera dan pemerintah pusat Rangon dengan teroris Rakhine dan sebuah
pertubuhan militan iaitu kelompok spra tentera Myanmar (NASAKA) yang dianggota
rakyat Myanmar beragama Buddha bagi meneruskan agenda pembersihan etnik.
  Realitinya,
anak-anak  perempuan dirogol, dibunuh, remaja dibakar hidup-hidup, rumah
kediaman  dijarah, sekolah agama,  masjid dan tanaman dibakar
bertujuan untuk menakut-nakutkan Muslim Rohingya supaya meninggalkan tanah
tumpah darah mereka  Arakan. 
 Ke
mana Muslim Rohingya mahu pergi untuk menyelamatkan diri? Sedang untuk memasuki
Bangladesh, satu-satunya tetangga Muslim  dihalang oleh pemerintah negara itu.  Di sebelah Selatan adalah Thailand.   Sejak
kurang lebih tiga tahun lalu Negara Gajah Putih telah mengenakan kawalan ketat
ke atas Muslim Rohingya yang mahu melintasi negaranya untuk ke Malaysia.
Bagaimana nasib   Aishah dan teman-temannya,  Allah SWT saja yang tahu.  

No comments:
Post a Comment