Oleh:Rossem
Lebuh raya rakyat dan royalti minyak antara isu  paling kerap 
diperkatakan  di Kelantan. Bahkan
ia antara isu lokal yang cepat popular. Tak sampai tiga bulan sudah menjadi isu
yang  meniti dari bibir ke bibir. 
Pandangan umum di Kelantan  seputar dua isu itu semakin menunjukkan
positif. Rakyat Kelantan tanpa mengira usia bangkit menyokong apa saja tindakan
baik yang dilakukan kerajaan negeri bahkan  turut berganding bahu   membantu
apa saja dalam perjuangan menuntuk hak yang dinafikan kerajaan Pusat. 
Kelompok yang menimbulkan masalah terdiri    beberapa
kerat NGO penyokong  Umno juga sudah mula
mendiam diri,  tiada lagi protes baru
selepas ditertawakan orangramai kerana tindakan mereka  berhimpun  di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri  (SUK) sambil membawa  cangkul patah, kereta sorong buruk untuk
dihadiahkan kepada Kerajaan Kelantan bagi kegunaan   pembinaan lebuhraya.
Keputusan   Kerajaan Kelantan yang terajui Pas mahu  membina sendiri lebuh raya dari  Kota Bharu –Kuala Krai (KB-KK)  sepanjang 73 kilometer telah mengemparkan rakyat
Malaysia, kerana tindakan kerajaan Kelantan itu tak pernah dibuat negeri-negeri
lain.  
Semua orang tahu, menurut perlembagaan Malaysia,  tanggungjawab membina lebuh raya terletak di
bahu Kerajaan Pusat,  sama seperti  membina klinik, hospital,  sekolah rendah dan menengah bukan dibawah
tanggungjawab  kerajaan negeri. 
Cadangan pembinaan lebuhraya  KB – KK   pernah
dimasukkan dalam  Rancangan Malaysia
ke 5 dengan bajet RM800 juta.  Dalam
Rancangan Malaysia ke 9
masih kekal, tapi Rancangan Malaysia
ke 10 dibatalkan.
Dengan pembatalan itu bermakna Pusat  tidak menepati janji. Bercanggah dengan slogan
sambutan hari kemerdekaan Malaysia
ke 55 “Janji Ditepati”.  
 Yang paling jelas   di mata umum ialah tindakan Kerajaan Pusat
itu mencerminkan amalan  diskriminasi ke
atas  hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan
sebuah  lebuh raya, sedangkan  lebuh raya  sangat diperlukan di negeri  itu untuk kemudahan rakyat memandangkan jalan
sedia ada sudah tak mampu lagi menampung kenderaan yang terlalu banyak. 
Negeri Kelantan juga satu-satu negeri dalam Persekutuan Malaysia
yang tak punya lebuhraya. 
Justeru, atas dasar tanggungjawab, Kerajaan Negeri
mengambilalih pembinaan walaupun terpaksa berdepan dengan masalah kewangan  yang sangat membebankan. Untuk meringankan
bebanan, Menteri Besar Kelantan, Tuan  Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan
satu kaedah yakni menerima sumbangan (infak) dari orangramai.
Kaedah infak ini sering digunapakai untuk projek membina
masjid atau sekolah tahfiz al-Quran,  sedang
 membina lebuhraya tak pernah dipraktikan
di zaman moden ini.  Justeru ramai yang
merasa aneh dengan saranan Kerajaan Kelantan,  walhal inilah salah satu daripada  amalan datok nenek orang Melayu dulu  bila mahu membina jalan. Konsep gotong royong
dan memungut derma merupakan bebiasaan  yang tak pernah dipertikaikan.
Pahala bukan terhad kepada meyedekahkan wang atau material untuk
membina  masjid saja, bahkan menyumbang
untuk pembinaan jalan raya juga  mendapat
ganjaran pahala dari Allah SWT selama mana jalan itu berfungsi untuk laluan
orangramai. 
Kerana itulah, seusai 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan batu asas pembinaan
lebuhraya rakyat KB-KK di Felcra Berangan Mek Nab, Machang, 28 Mei 2012.   Tok
Guru didatangi seorang perempuan tua dari kampung itu lantas bertanya “ Tok
Guru, ambo ada RM7, bolehkah wang sekecil ini ambo sumbangkan untuk pembinaan
lebuhraya?” Kebetulan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan
Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan berada sisi Tok Guru ketika itu terharu
yang amat sangat melihat seorang perempuan miskin sanggup menginfakkan wang
yang baginya sangat bernilai semata-mata  untuk membina  lebuhraya yang menelan kos berbilion ringgit. Tentu
dalam perkiraan kita wang RM7 itu untuk   digunakan   membeli cangkul  pun tak cukup, namun itulah pengorbanan yang
ditunjukkan  rakyat Kelantan  kepada negeri ini dan penguasanya.  
Hal yang sama pernah berlaku  di zaman Nabi Ibrahim as. Takala Nabi Ibrahim
as dihumbankan  oleh Raja Namrud ke dalam
ungun api yang sedang marak menyala, beberapa ekor burung yang melihat kejadian
itu tersangat sedih lantas pergi mencari air di kali dan air laut yang beratus
batu jauhnya. 
Setelah air itu diambil, burung-burung tadi terbang
menghampiri api yang sedang marak menyala lalu 
jatuhkan air melalui paruhnya. Berapa tetes air yang boleh dibawa oleh  seekor burung sekecil itu untuk memadamkan
api sebesar rumah.  namun itulah  pengorbanan dan setiap pegorbanan  yang ikhlas kerana Allah SWT, ganjaranya
pahala.
Begitu juga halnya dengan wanita  tua itu, RM7 amat kecil untuk membina sebuah
lebuhraya yang menalan kos mencerceh  bilion, namun kesedaran wanita itu tak ada
tolok bandingnya dan wajar kisah beliau 
ditulis  untuk tatapan orang lain,
walaupun wanita itu mahu merahsiakan sumbangannya. 
Kutipan terkumpul sejak akhir Mei 2012 sehingga Majlis
Pelancaran  Tabung Amanah Lebuhraya
Rakyat KB-KK yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam,  4 Ogos 2012 berjumlah RM4 juta. Semua lapisan
masyarakat, dari warga kampung, ahli koparat, pelajar, budayawan turut
menderma. 
Kebijaksanaan pemimpin Pas yang menerajui Negeri Serambi
Mekah dengan cara mengambilalih tanggungjawab membina lebuhraya secara otomatik
memberi gambaran buruk kepada kerajaan pusat yang ditadbir Umno/BN bahawa
diskriminasi yang dinafikan selama ini oleh Perdama Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib  Razak memang benar-benar wujud. 
Dengan mengambil  bukti,  Kerajaan Pusat menolak pembinaan   lebuhraya KB-KK,  walhal itu adalah tanggungjawab Pusat,
bermakna kejahatan Umno/BN tidak upaya ditutupi lagi, tembelang sudah pecah,
rakyat sudah mengetahuinya.  
No comments:
Post a Comment