Oleh: Rossem
Matematik tidak pernah berbohong.  Dua kali lima jawapnya sepuluh. Tanyalah di mana-mana saja belahan  dunia ini, di  Malaysia, Amerika Latin, Afrika, Mongolia,  tiada yang mengatakan dua kali lima, tiga puluh.  
Matematik politk Malaysia juga seperti itu,  tidak berbohong. Saya yakini benar-benar akan ketepatannya kerana ia dibentuk dari   sejarah di mana  Inggeris yang  menjajah negara ini selama  500 tahun membuatnya  menjadi sedemikian rupa untuk  tujuan memudahkan urusan pentadbiran mereka  atau punya matlamat tersirat lainnya, hanya Inggeris  yang tahu.  
Inggeris telah membawa masuk etnik Cina dan India ke negara ini yang ketika itu disebut Malaya, untuk bekerja di sektur tertentu yang ditetapkan  mereka. Orang Cina disektur perlombongan bijih timah dan orang India dari Selatan India di sektur perladangan dan kereta api, sementara orang Melayu yang merupakan kaum pribumi Tanah Melayu kekal di sektur tradisi mereka yakni pertanian.  
Sejak itu, peta kependudukan  pun berubah, etnik Cina punya kawasan sendiri, etnik India diberikan penempatan untuk tinggal dalam kelompok mereka, sementara orang Melayu menghuni  di kampung-kampung tradisi mereka. Namun orang Melayu tetap menjadi majoriti di negeri-negeri di Semenanjung keculi Pulau Pinang.
Setelah Malaya mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957, parti politik lalu dibentuk. Pembentukan parti politik tentunya tidak dapat lari dari mengambil kira posisi kaum. 
Orang Melayu membentuk parti politik untuk mewakili suara mereka, orang Cina dan India juga sama, menubuhkan parti berdasarkan kaum masing-masing.
Situasi dan kondisi seperti itu   kekal dan berterusan sehingga ke hari ini. UMNO mewakilil orang Melayu, MIC/ GERAKAN mewakili orang Cina dan MIC orang India. Manakala dipihak oposisi, PAS mewakili orang Melayu / Islam, DAP walaupun parti tersebut sebuah parti majmuk namun majoritinya pedukungnya orang Cina, sementara PKR sebuah parti pelbagai kaum. 
Setiap kali pilihan raya umum,  BN  meletakkan calon  mewakili kawasan taburan kaum masing-masing. UMNO  di kawasan Melayu, berdepan dengan calon Melayu dari PAS. Orang Cina harus memilih antara MCA / GERAKAN atau DAP kerana parti tersebut bertandang di kawanan majortiti mereka. Sementara kaum India yang tidak punya kawasan majoriti khusus harus dibantu  orang Melaya,   Cina untuk meraihkan  kemenangan  menerusi kesepakatan dan semangat BN. Atau  memilih untuk mengundi PR  sebagai mewakili kaum mereka.  
Amat menimal atau bahkan tidak ada, orang Melayu bertanding merebut kerusi di kawasan majoriti Cina, namun di kawasan majoriti Melayu terdapat calon  dari kaum Cina atau India  bertanding bertujuan  memberi peluang kaum tersebut memenuhi kouta Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dari BN. Ini adalah pembahagian mengikut kaedah kesepakatan dalam komponen BN. 
UMNO sering menakut-nakutkan pengundi Melayu, katanya; demi untuk menjana kekuatan politik orang Melayu, setiap orang  Melayu yang layak mengundi harus mengundi memenangkan  UMNO. Kalau  tidak, orang Melayu akan lemah, hilang kekuatan sebagai bangsa ketuanan di negeri ini. Walhal lawan UMNO adalah  orang Melayu dari PAS. Andainya UMNO kalah, PAS akan jadi pemenang, ertinya orang Melayu juga yang menang. 
Demikian juga dengan MCA/GERAKAN. Parti gabungan BN ini berdepan dengan DAP. Andainya MCA/ GERAKAN kalah, maka DAP akan menang, bermakna orang Cina juga menang, begitu sebaliknya.  Tiada kaum yang rugi dalam sistem politik kepartian di Malaysia. Sama ada mereka memilih untuk mengundi BN atau PR. 
Justeru,  rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan dakwaan  UMNO yang mengatakan jika  tidak mengundi UMNO/BN posisi orang Melayu akan terhakis, lemah dan hilang kekuatan. Posisi orang Melayu sedikit pun tidak berubah  kerana matamatik politik Malaysia sejak dulu tidak pernah berubah, hanya yang akan berubah atau bakal berubah selepas pilihan raya ke 13 nanti insyaallah ialah  nama  parti  saja. BN bertukar kepada PR. Sedang  posisi pembahagian kerusi yang diperuntukkan untuk setiap kaum tidak akan berubah.
Kasawan campuran juga banyak terdapat di Malaysia khususnya di Semenanjung. Kawasan-kawasan seperti ini  sejak dulu  BN  banyak meletakkan calon dari kalangan kaum India (MIC) dan Cina (MCA/GERAKAN) dan ternyata kemenangan memihak kepada  BN. Namun  pada PRU ke 12  (2008) berlaku sebaliknya, banyak kawasan campuran ditawan PR (PKR). 
Matematik politik Malaysia terus mewarnai landskap politik di Malaysia. Tempoh  empat tahun dari 2008 sehingga hari ini  masih belum berubah, bahkan posisinya  dijangka kekal sehingga PRU ke 13.  Pengundi Cina mengundi   DAP, pengundi campuran mengundi PKR, sementara 45 peratus pengundi Melayu memilih untuk mengundi PAS seperti dilakukan pada PRU 12.
Tidak dinafikan, UMNO masih kuat. Parti itu punya kekuatan sendiri diperingkat akar umbi teruatama di negeri-negeri selatan Semenanjung seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Juga di kawasan tertentu lainnya UMNO masih punya ernegi. Tetapi yang tersangat lemah sekarang, bahkan kritikal ialah  BN Semenanjung. Komponen BN seperti MCA, GERAKAN dan MIC ibarat orang sakit yang sedang menerima rawatan di kamar bedah. Sedang UMNO tidak mampu membantu,   kerana mereka juga perlu dibantu. 
UMNO tidak boleh berdiri sendiri tanpa BN. Parti itu selama terbentuknya lebih separuh abad tidak  pernah menggunakan lambang Keris pada  kertas undi sebaliknya menggunakan lambang BN iaitu Dacing dan sebelumnya Kapal Layar. Bagaimana agaknya kalau parti itu berjuang sendirian menggunakan lambang keris dan bukannya Dacing seperti pernah dilakukan PAS, DAP dan lain-lain. Teringin juga kita untuk melihat situwasi ini pada PRU mendatang. 
Fenomena inilah yang sangat merungsingkan para pemimpin UMNO. Ditambah pula dengan perubahan yang berlaku kepada pucuk pimpinan PAS selepas mukthamar lalu. Di mana Haji Mohamad Sabu atau Mat Sabu terpilih mejadi Timbalan Presiden PAS. Sosok yang satu ini memang  diketahui umum sebagai pemimpin yang sangat disenangi  kaum Cina dan India. Sementara dikalangan pendukung PAS,  kesetiaan mereka kepada Mat Sabu tidak berbelah bagi. Mat Sabu punya kekuatan sendiri.
No comments:
Post a Comment