Oleh: Rossem
 Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit. 
 Itu bukan tiupan wisel polis untuk memberhentikan demonstrasi Bersih 2.0 yang sangat ditakuti Barisan  Nasional (BN), yang diduga berlangsung  tanggal 9 Julai di Kuala Lumpur. Atau tiupan  wisel polis trafik saat mengarahkan kereta-kereta awam agar membelok  ke jalan lain dan tidak ke lokasi perhimpunan bersih.
 Bukan. Bukan. Bukan….. Ini adalah tiupan wisel menandakan gembira yang amat sangat dengan  pengumuman Exco Kerajaan Kelantan yang menjaga hal wanita, keluarga dan kesihatan, Hajah Wan Ubaidah Omar kerana berjanji akan memberi insentif kepada mereka yang berpoligami dengan syarat-syarat tertentu.
 Biarpun baru merupa cadangan namun kegembiraan kaum poligami ibarat orang sakit tenat tiba-tiba didatangi doktor pakar siap dengan ubatan yang special.  Perkataan spotan yang keluar dari mulut adalah   “Alhamdulillah, syukron Kerajaan Negeri Kelantan yang di pimpin Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana  lewat lisan exco wanitanya, telah  memberi pernyataan  kelas satu pada sidang Dewan Undangan Negeri tanggal 22 Jun 2011 yang lalu. Dan tentu menambahkan satu lagi senarai panjang program “kebajikan untuk rakyat”  sesuai dengan slogan “Negara Berkebajikan” yang ditawarkan PAS kepada  rakyat Malaysia seperti diputuskan pada muktamar lalu. 
 Suratkhabar tabloid terkenal menyiarkankan berita gembira itu pada muka depan sebagai  headline. Antaranya dengan judul “Buka cawangan baru”. Kaum Adam  terutama yang poligami dan baru nak  poligami merupakan pembaca pertama meniup wisel kerana  senang hati dengan  pengumuman itu, namun, sudah menjadi adat dunia, kalau kita bergembira, ada pula yang berduka.   Cerita seputar poligami  memang tidak disenangi kaum hawa yang bernama isteri. Mereka merasa tercabar, pisang sebiji mahu dibagi dua, mana bisa dong…! Sehingga ada yang meluahkan perasaan kesal di dalam face book  dengan menulis; idea Wan Ubaidah kelas tiga. 
 Saya juga pada pagi  23 Jun, belum membaca suratkhabar yang memuatkan berita kontroversi pada laman depan, tiba-tiba terima sms daripada isteri “ Tak mahu cari ke seorang lagi, Kerajaan Kelantan nak bagi insentif”. Aduh. Aduh! Kaget sebentar. Beberapa saat kemudian baru teringat, oh! Ini tentu seputar ucapan  Wan Ubaidah atau akrab dengan panggilan Kak Ubai pada sidang DUN semalam dimuatkan dalam akhbar. 
 Itu reaksi spontan dari isteri saya, barangkali isteri orang lain  juga berada dalam kondisi cemas, keluh kesah atau mungkin sehingga berpeluh  dahi dan ketiak. 
 Biarpun ada orang memperlekehkan kenyataan Kak Ubai sehingga mengatakan idea kelas ketiga, namun saya tetap bersetuju dengan cadangan Yang berhormat itu. Bagi saya  itulah idea kelas pertama. 
 Rupanya dalam hal ini, saya tidak sendirian. Mufti Kelantan, Dato’ Muhamad Shukri Mohamad sangat bersetuju. Insentif yang diberikan kepada lelaki berpoligami itu perlu dilihat daripada sudut positif,  kerana perkara itu tidak bertentangan dengan hukum Islam. 
 Memberi insentif juga merdasarkan syarat-syarat tertentu. Si suami tidak boleh menyembunyikan pernikahan, mesti dihebohkan kepada masyarakat. Dan yang penting, berlaku  adil,  termasuk membuat giliran dan Islam juga menyuruh hidup secara berkeluarga. 
 Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit! 
 Kita bunyikan wisel sekali lagi. Kali ini penghormatan buat Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato’ Daud Mohamad kerana komentarnya “Baguslah, cadangan insentif  itu baik dari segi agama, dan boleh membantu mengharmonikan rumah tangga  yang dibina secara poligami”
 Tapi kalau kaum Adam berhajat mahu poligami,  nikahlah  armalah, di Kelantan ramai armalah. Yang sudah  punya anak pun ada. Yang solo pun ada. Pilih yang mana satu berkenaan di hati, tapi pilih yang sudah  punya anak lagi bagus, dapat pahala lumayan,  kerana membantu menjaga anak-anak tiri yang memerlukan belaian kasih sayang dari ayah baru.  Demikian maksud Kak Ubai. 
 Insentif tentunya bukan untuk semua pengamal poligami. Pasangan  layak saja dipertimbangankan. Kalau Yang Berhormat (golongan ini ramai poligami) juga mahu insentif, tak aci la….
 Priiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
 Sekali lagi, terima kasih Kak Ubai. Juga YB Ahmad Baihaki Atiqullah  ADUN Pasir Tumboh kerana tolong memperingatkan Kak Ubai akan kebaikan memberi insentif kepada golongan ini.
No comments:
Post a Comment