Oleh: Rossem
Pada satu seminar yang saya hadir.  Pemidato yang dijemput untuk berbicara pada pagi itu adalah seorang professor madya yang dikenali  ramai, namanya sering disebut-sebut kerana kepetahannya berbicara, bijak mengendalikan audien, banyak senyum  serta  memiliki ilmu yang mengaggumkan. Sering dijemput dalam program wacana di televisyen berbayar. Sosok yang satu ini adalah  pemegang  ijazah dalam bidang media massa di luar negara dan kini menjadi dosen salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Selain itu, sering juga  dijemput menjadi  pengadil segmen pertandingan nyanyian dalam salah satu  program  terkenal di televisyen. Ini menunjukkan sang doktor Phd itu sosok  yang serba boleh. 
 Dalam seminar yang berjudul “Mengenal dan Menghadapi media massa”,  Sosok itu, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah  banyak menyebut seputar PAS dan sikap kepimpinan parti   setiap kali berdepan dengan isu-isu yang dicampakkan  musuh politiknya  UMNO/BN  sering tidak sekata. Menunjukkan  tidak adanya  satu team yang  dilantik khusus untuk mengeluarkan kenyataan balas secara bersepadu sepantas mungkin agar isu-isu tersebut segera  mendingin. Membiarkannya  berlarutan dalam tempoh yang lama, akhirnya akan mencalarkan imej parti,  hal seperti itu sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah parti politik yang seusia begitu. 
 Selanjutnya dikatakan bahawa PAS antara organisasi politik paling lemah dalam menghadapai dan mengurus media di negara ini. Sementara Parti Bersatu Sabah (PBS) diberikan senarai paling atas terbaik. Parti itu hanya mengambil masa tidak sampai tiga hari untuk mendinginkan isu-isu setiap kali  dibangkitkan musuh-musuh politik mereka. . Kebijaksanaan mengurus media terserlah bahkan sangat diutamakan oleh parti yang beroperasi di Sabah itu sehingga isu-isu yang diampungkan tidak sempat memakan diri. Sang professor mengelarkan   kebijaksanaan PBS itu setaraf dengan Parti Republikan di Amerika Syarikat. 
 Sementara di Semananjung, beliau meletakkan PKR  sebagai sebuah parti paling baik dalam mengurus media massa. 
 Namun, menurut  pakar media itu lagi: Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang politikus paling pintar  dalam hal  melontar isu. Sebahagian  daripada isu-isu yang hangat diperkatakan dicetuskan oleh beliau sendiri. Isu-isu itu kemudiannya dipanjangkan media massa milik UMNO/BN, komentar dan polemik pun berangkaian.  Menjadi isu nasional,  bertujuan untuk memerangkap Tok Guru, namun ternyata tidak berhasil. Sebaliknya melonjatkan populariti beliau. 
  
 Dalam kontek mencari populariti politik, adalah amat malang bagi seorang politikus  sekiranya nama, foto dan cerita mengenainya  tidak pernah dimuatkan  dalam media, seperti kata professor itu “Jika dalam satu tahun, akhbar memboikot tidak mahu memuatkan  cerita dan foto seseorang ahli politik dalam akhbarnya,  maka sang politikus itu akan menjadi orang yang paling rugi dalam hidupnya. Sementara dalam konteks Tok Guru, media telah memainkan peranan besar mengangkatkan  popularitinya, bahkan  sehingga menegelamkan  pemimpin utama UMNO sendiri,  kendati pun  tujuan sebenar media pendokong UMNO memuatkan perihal Tok Guru itu bertujuan memberi difinasi negatif  kepadanya, namun berlaku sebaliknya.  
 
 Disebut juga oleh penceramah itu; kalau mahu melihat populariti Tok Guru,  lihatlah pada carian di Google (internert). Terdapat lebih 300 ribu  pengisian yang berkaitan dengan Menteri Besar Kelantan itu tercatat di sana. Meletakkan beliau tokoh politik nombor dua jumlah carian terbaik dalam Google selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. 
 Hanya, yang sangat dikesalkan sang perofesor ialah dalam organisasi parti itu tidak wujud satu team; bagaimana mengurus media yang efektif. Sepatutnya bila timbul isu-isu  yang dibangkitkan UMNO/BN, harus  ditanggangi dengan pantas, memanggil  sidang akhbar khusus. Memberi mandat hanya kepada seorang saja  sebagai jurucakap, bagi mengelakkan  percangahan kenyatan atau opini sesama kepimpinan parti.
No comments:
Post a Comment