Oleh: Rossem
 Seorang lelaki yang mendakwa “Rasul Melayu” ditangkap di Ulu Klang, Selangor.  Pria yang sudah melewati 59 tahun itu dicekup  pengguat kuasa agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  di rumah anak perempuannya setelah JAIS memburunya hampir setahun. Akhirnya  sang rasul palsu itu  dijatuhkan  10 tahun penjara, denda RM16,500  dan enam  sebatan. Pengikut-pengikutnya, yang barangkali jumlahnya juga ramai  terkedu dan berdukacita. Anak lelakinya  berusia 30an menunjukkan simbol lucah kepada hakim saat sang hakim menjatuhkan hukuman terhadap bapaknya. Lantas  sang   anak itu juga ditangkap dan dipertuduhkan  menghina mahkamah, selain sedang mencari bukti   untuk tuduhan selanjutnya yang terkait  dengan ajaran sesat. 
 Hari ini (2 November 2009), Mantan Mufti Perlis Darul Sunnah (Dulu Indera Kayangan), Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ditahan saat memberi ceramah agama di sebuah Banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang. Kurang lebih 100 orang hadir mendengar kuliah tersebut termasuk dua orang wakil Rakyat Selangor dari PAS.  Setelah dibawa ke  Mahkamah dan menunggu lebih tiga jam, namun tiada pertuduhan dibacakan ke atasanya, lalu beliau dilepaskan dengan bon. 
 
 Sangat aneh, tangkapan yang kononnya dirancang bertahun tapi kertas pertuduhan tidak siap. Publik mula mempersoal JAIS. Kredibiliti jabatan agama  mula dipersoalkan. Siapa dibelakang “pemetasan teater” hebat itu.  Apakah ianya satu bentuk serangan untuk memburuk-burukkan imej kerajaan PR atau agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan Exco Agama Selangor,  Datuk Dr Hasan Ali yang mutakhir ini di himpit  kontroversi, menjadi misteri sehingga  hari ini.
 14 NGO  Islam  mengemukakan protes lewat media. Sementara  individu-individu yang prihatin  tidak putus-putus menulis menyatakan   kekesalahan mereka di atas penahanan  ulamak muda yang idea dan saran-sarannya semakin  diminati ramai. 
 
 Ternyata, Oktober dan November bulan panas di Selangor. Bulan menuding jari ke  arah JAIS.  Pastinya kepada sosok yang bernama Datuk Mohamed Khusrin Musnawi serlaku pengarah.  Seberkas pertanyaan dituding ke arahnya: Kenapa Dr Asri atau nama penanya Dr Maza ditangkap. Dan kenapa rasul Melayu dibiarkan begitu lama untuk menangkapnya. Pemburuan rasul Melayu itu hampir menyamai  dengan  kisah Ayah Pin di Terengganu. Ayah Pin yang licik itu   sehingga saat ini masih bebas. Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) masih belum bertemu atau sengaja mengelak daripada bertemu dengan penyebar ajaran sesat itu. Namun  kepada JAIS, sekalung bunga untuknya, disebabkan   kerja keras kakitangannya, akhirnya  Rasul Melayu berjaya diberkas seterusnya didakwa di mahkamah. 
 Terbukti,  dalam hal “tangkapan” JAIS lebih ke depan  dari JAIT. Publik sangat menghargainya. Namun tangkapan yang dilakukan ke atas sosok yang bernama Dr Maza pula   membingungkan banyak pihak. Apakah tangkapannya disebabkan Doktor Falasafah dari Universiti Jordan itu tidak memiliki tauliah mengajar agama  dari JAIS atau  inti ceramahnya terkandung insur-unsur yang bercangah dengan Islam atau membawa ajaran sesat?  Publik semacam tidak sabar menunggu untuk mengetahui  jawapannya. Dengan kata lain, pertuduhan apa sebenarnya yang bakal  dikenakan terhadap mantan Mufti itu di mahkamah syariah nanti?  
 Kesalahan rasul Melayu sangat jelas. Menyebarkan ajaran yang   bertentangan dengan syariat Islam. Pengikutnya   tidak perlu mendirikan solat lima waktu, puasa, haji dan sebagainya.  Justeru  tangkapan terhadapnya menjadi wajar. 
Sedangkan DR. Maza,  daripada sudut pandangan dan praktiknya yang terkesan ialah wujudnya ajaran-ajaran  kemiripan Wahabi terutama lewat tulisannya di koloumn akhbar, blog, seminar dan kuliah (ceramah). Barangkali atas faktor inilah makanya  sekelompok tertentu  umat Islam di Malaysia tidak menyenanginya dan minta dipantau seterus diambil tindakan oleh pihak berwenang. 
 
Lalu kita pun ingin melontar seberkas pertanyaan. Apakah Wahabi itu sesat? Kalau  jawapannya “sesat”. Bagaimanana umat Islam Malaysia yang menunaikan ibadat Haji di Mekah mengerjakan solat berjamaah, sedangkan imam di sana adalah Wahabi.
 
Dalam hal ini, saya teringat seorang pembenci ekstrem  aliran Wahabi di Kelantan suatu ketika dulu. Suatu saat dia ke Mekah menunaikan  haji. Sewaktu di Tanah Suci dia solat bersendirian di Masjidil Haram, kerana tidak mahu berimamkan   imam Wahabi, begitu juga di Masjid Nabawi di Madinah, dia pergi lambat di Masjid kerana mahu mengelak dari solat berimamkan orang Wahabi. Akhirnya siapa yang rugi. Pasti diri sendiri, disebabkan ketaksuban kepada guru tertentu secara semborono. 
  
Bahkan ramai dikalangan jamaah haji Malaysia yang saya perhatikan sewaktu ke Tanah Suci dulu tidak pergi solat berjamaah di Masjidil Haram, mereka solat sendirian atau bersama keluarga di hotel penginapan. Namun saya tidak pasti  kenapa mereka berbuat begitu, lantaran uzur atau apa. 
Sekiranya Wahabi “tidak sesat” justeru kenapa diambil tindakan kepada penceramah seperti Dr Maza itu. JAIS boleh mengelak  tidak mahu terjebat dengan isu Wahabi yang pastinya panas dan boleh mengheret pemasalahan lebih besar dalam masyarakat dengan  pertuduhan itu cuma kerana Dr Maza mengajar tanpa tauliah di Negeri Selangor. Tapi publik pasti  tidak puas hati selagi isu Wahabi tidak dikaitkan, kerana umum mahu tahu, bagaimana kondisi dan posisi Wahabi sebenarnya di mata ulamak Malaysia. Publik mahu penjelasan yang total. 
Bahas seputar Wahabi pastinya panjang. Walhal asas pengajaran Wahabiyah yang berkembang di Semananjung Arab pada akhir abad 18 Masehi  adalah  semata-mata bertujuan memurnikan akidah umat Islam ketika itu yang banyak dirosakkan oleh  praktik-prakik yang tidak sejalur dengan apa yang diajari dan diamalkan Rasulullah 
saw.
 Cuma kebetulan,  tegak berdirinya  pemerintah Al Saud yang didokong Syeikh Muhamad Abdul  Wahab (Wahabi)  di Arab Saudi itu mendapat  dokongan dan bantuan British yang berkesudahan dengan tumbangnya kekhalifah Islam Uthmaniyah yang berpusat di Turki. Maka dari sudut pandang politik,  gerakan Wahabi ini ternyata telah memberi  titik hitam dalam sejarah panjang kekhalifah Islam.
No comments:
Post a Comment