Oleh: Rossem
Hussain Saad (Allahyarham) kartunis asal Kelantan, seorang
yang tekun bekarya sejak 1960an sehingga akhir hayatnya 2005. Pemilik stroke
paling original berlandaskan tradisi Melayu yang sangat jelas. Menjadikan bakat
anugerah Allah SWT sebagai sumber pendapatan menyara anak isteri. 
Suatu malam, tahun 1970 di Kota Bharu,  kebetulan  mengunjungi medan selera  Tanah Serendah Sekebun Bunga, tiba-tiba
terpandang kisok dengan lukisan kartun bergantungan di dinding. Seorang lelaki
sedang tekun melukis di meja. Saya hampiri rupanya Hussain Saad. Kenal beliau  kerana sebelum itu sekitar tahun 1966 pernah
bertemu, masih ingat  beliau menghadiahkan
senaskah buku koleksi katun, malangnya buku sulung beliau  hilang entah ke mana. Itulah buku pertama
menjadi panduan saya melukis kartun. Tentang medan selera Tanah Serendah
Sekebun Bunga sudah tak ada lagi, atas tapatnya  dibangunkan 
Hotel Riverview.
Hussain Saad berpindah pula ke sebuah gerainiaga  di Perhentian Bas Ekspres, Jalan Hamzah. Seluruh
 bahagian strategi disewa peniaga dan kaunter
 menjual tiket bas, tinggal bahagian dalam  banyak kosong. Hanya Hussain Saad dan seorang
lagi pelukis pelan menyewa di situ. Ramai tak berminat kerana bukan tempat
laluan utama.  Mengunjungi kisok beliau harus
bersabar, tahan  nafas, tutup hidung, bau
air kencing tikus dan tahi kelawar menusuk hidung. Hussain Saad banyak membuat
lukisan periklanan. Tapak gerainiaga Jalan Hamzah   kini
dibangunkan hotel Airasia.com. 
Sekitar tahun  1974
Penerbitan Toko Buku Asia (TBA) ditubuhkan di Kota Bharu dengan pengurusnya
orang Johor - Mr Lee. Seluruh pelukis komik dan kartun di Tanah Serendah
Sekebun Bunga, samada pelukis lama  atau
baru membentuk satu team pelukis komik diketuai Yamin Daud, berteduh dibawah
payung TBA. Pengurus TBA menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Hospital, Kota
Bharu, dijadikan  pejabat dan studio tempat
berkarya.   Dari stesen bas Kota Bharu ke studio saya
berjalan kaki lebih kurang setengah jam atau  naik beca roda tiga dengan tambang 50sen,
berpeluh si tukang kayuh - kesihan. Singgah di gerai nasi air Mak Su Nab,
ketika itu gerainya di bawah pohon besar, kumuh dan kecil, sekarang sudah bina
restoran besar di Barek 12. Nasi air  Mak
Su Nak suatu masa dahulu popular di Kelantan. 
Antara pelukis komik yang bergabung dengan TBA selain
Yamin Daud ialah  Hussain Saad, Maarof
Awang, Khuzae, Saari A.M, Kamil Ghazali (Allahyarham), D. Yusof (Allahyarham)
dan Rossem. Sementara Rudi Mahmood sebagai penulis dan penyelaras. Hussain
Saad  dianggap artis  senior dan berpengalaman. Yamin Daud memiliki
 kelebihan mewarna kerana beliau sebelum
terjun ke dunia komik menjadi pelukis poster wayang gambar di pawagam  Lido milik Shaw Brother (SB) Kota Bharu. Setiap bulan tak kurang lima atau enam
judul komik diterbitkan TBA hasil tangan artis komik hebat.
Kemudian berpindah  ke bangunan dua tingkat separuh batu separuh
kayu di  Jalan Sultanah Zainab. Kini
bangunan usang itu   sudah dirobohkan. Setelah Penerbitan Toko Buku
Asia gulung tikar,  Yamin Daud meneruskan
kesinambungan penerbitan komik di Kepong, 
Kuala Lumpur. Maarof Awang, Rudi Mahmood, Khuzae ikut ke Kuala Lumpur.
Kamil Ghazali ( adek ipar Yamin) dapat pekerjaan sebagai pelukis di Utusan
Melayu,  Rossem bertukar kerja di Bukit
Aman. Hanya  Hussain Saad  tinggal di Kota Bharu meneruskan kerja  melukis kartun  “Wak Dojer” yang sangat popular ketika itu.
Beliau   mengirim  terus kepada Yamin Daud  untuk diterbitkan (Pustaka Trijaya). 
Hussain Saad juga boleh melukis komik seram. Antara judul
popular “Penunggu Bukit”, “Saksi Dari Kubur”, “Awang Bongsu Di Negeri Raksasa”
dan lain-lain. Beliau juga berkebolehan menulis  cerita-cerita rakyat dengan baik.  Banyak buku-buku bertema cerita rakyat dihasilkan
dan dijual di sekolah-sekolah sebagai buku bacaan tambahan.   
Lukisan kartun dan komik Allahyarham Hussain Saad begitu
dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu, pakaian, bentuk rumah dan suasana perkampungan
mengingatkan kita tentang leluhur  yang
sangat sinonim dengan cerita- cerita rakyat sinis tetapi humoris. 
Senilukis komik Melayu tidak boleh dilepas pandang begitu
sahaja. Siri komik “Wak Dojer” misalnya menjadi 
naskah penting  sepanjang kegiatan
Allahyarham. Bukan itu sahaja, para penyelidik boleh membuat kajian khusus
tentang orang Melayu dan sosio - budaya dari sudut pandang seorang kartunis dan
pelukis komik seperti Allahyarham, setiap karya selama  penglibatannya puluhan tahun tak pernah
terpisah dengan  budaya bangsa. Pengaruh
komik Barat, Hong Kong atau Jepun hampir tidak ada dalam setiap karya Allahyarham. 
Orang ramai lebih mengenali   Wak Dojer daripada Hussain Saad. Suatu hari
saya mencari rumah  beliau namun tak
jumpa,  walhal  pernah ke rumahnya. Bertanya kejiranan di
situ tetapi seorang pun tidak mengenali 
nama Hussain Saad tetapi bila disebut pelukis kartun mereka lantas
menyebut “ Ohoo itu Wak Dojer”. Hussain Saad tinggal di belakang Sekolah
Menengah Zainab, Telipot, Kota Bharu sebuah perkampungan yang padat dengan
perumahan. 
Dua tahun selepas Balai Kartun Rossem (BKR) di buka di
Peringat (2014), isteri dan anak perempuan Allahyarham datang melawat BKR,
beliau  menyerahkan  tiga jilid koleksi komik kartun  karya Hussain Saad untuk simpanan BKR. Terima
kasih diucapkan,  semoga karya Allahyarham
 bermanfaat kepada masyarakat pencinta
seni budaya bangsa. Beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2005. Al
fatehah......  
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker