Suka atau tidak, sejarah harus ditulis. Kalau bukan untuk masakini,
20 atau 50 tahun mendatang akan menjadi seperti seketul emas. Abdullah Munsyi (1849) ketika ia menulis tentang orang Melayu
di Singapura, ramai orang Melayu tidak menyukainya,
tulisannya banyak menyentuh tentang kelemahan orang Melayu, suka jual tanah dan
beli kereta, walhal ketika itu, di pulau Temasik jalanraya pun tak sampai lima kilometer. Abdullah banyak memuji Inggeris daripada orang Melayu. Sekarang sudah lebih 200 tahun, tulisan
Abdullah tak dapat dinafikan. Abdullah
seorang yang jujur dalam penulisannya. Buku-buku beliau diulang cetak entah berapa kali.
UMNO/BN tiba-tiba kalah pada Pilihaan Raya ke 14, Mei 2017.
Pakatan Harapan (PH) muncul sebagai pemenang. Umno/BN memerintah negara
selama 61 tahun. Warga emas itu akhirnya
terpaksa akur. Bukankah itu suatu sejarah
besar negara?
Sejarah ditulis oleh
pemenang, yang kalah tulis puisi. Jangan
peduli ungkapan itu. Di Malaysia sesiapa saja bisa menulis apa saja. Tepuk dada tanya selera. Seluk saku lihat
wangnya, apa cukup buat biaya cetak. Dalam hal ini, Ahmad Lutfi Othman mendahului penulis lain. Detik-detik
bersejarah UMNO/BN kalah pada pilihan raya lalu dituangkan menjadi buku
berjudul ” Revolusi Tanpa Darah”. Sudah
pun ada di pasaran atau pesan langsung kepada beliau. Mungkin bagi sebahagian
orang (musuh politik) melecehkan buku
itu dengan alasan pengarangnya pro
Pakatan Harapan. Baca facebook , ramai menyerang Lutfi , bahkan dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Lutfi seorang journalis, seharusnya dihormati.
Ada orang menulis buku sejarah selepas 50 tahun peristiwa
berlaku. Pastinya tidak tepat. Ahmad
Lutfi Othman menulis saat kejadian berlaku, masih panas, hanya barangkali tulisannya sedikit condong kepada Pakatan Harapan. Nah, kalau begitu tanggapan
umum; penulis yang pro UMNO, PAS serta berkecuali juga harus tampil menulis/ menerbit buku yang seumpama itu dari sudut pandang mereka . Bagaimana UMNO/BN tumbang, bagaimana
kesannya kepada orang Melayu ? Rakyat mahu
membacanya.
Dalam buku “Revolusi Tanpa Darah” tulisan Lutfi hanya sebahagian sahaja. Beliau
bertindak sebagai penyusun. Penulis lain terdiri dari pelbagai latarbelakang,
ahli akademik, wartawan dan sebagainya. Di sila-sila penulis hebat tersohor itu,
rupanya ada juga tulisan saya...hi hi hi
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker