Oleh: Rossem
Setiap
bangsa melahirkan tokoh.  Setiap era
punya tokoh sendiri. Ada tokoh  dinobatkan 
melalui  acara khusus dengan kalungan   bunga-bungan,
trofi dijulang dan  medal disematkan di dada,
sijil  serta emvelope berisi sejumlah
wang.  Ada  tokoh   diangkat langsung oleh rakyat tanpa melalui
proses juri.  Mereka adalah dari kalangan
politikus.
Tokoh
budaya,  termasuk  tokoh Tok Dalang Wayang Kulit, tokoh  Tok Jhoro Dikir Barat, Makyong, wau, gasing,
dipilih setiap tahun dari kalangan pengiat seni tradisional. Tokoh sastera
termasuk sasterawan negara dipilih khusus oleh panitia yang dilantik.
Sekarang  ada pula tokoh kartunis,
anugerah ini bermula tahun lalu (2017) dan untuk tahun 2018 diumumkan tanggal 1
April kelmarin sempena hari kartunis  Malaysia
 di Muzium Negara, Kuala Lumpur. 
Sering
kita dengar ialah Tokoh Maal Hijrah. Pada 1 Muharam setiap tahun seorang
bergelar  ‘tokoh” dinobatkan dengan sijil
dan sejumlah wang diterima, berdasarkan sumbangan diberikan  kepada ummah. Sejak mula diwujudkan tahun 1987
sudah 23 tokoh dipilih.  Malaysia kaya
dengan tokoh!
Tokoh
bukan sekadar sebutan, ada kriteria  khusus melayakkan seseorang dicalonkan sebagai
tokoh. Berbeza dengan tokoh politik. Golongan ini tidak ada pencalonan. Yang
menentukan ketokohannya  datang dari
orangramai berdasarkan  visi yang dibawa,
sumbangan yang diberikan kepada bangsa, negara, agama  serta kebijaksanaan memimpian massa. 
Kelantan
tak kalah dengan negeri-negeri lain dalam melahirkan tokoh-tokoh politik  era sebelum merdeka dan selepas merdeka. Haji
Hassan bin pendikar Munas atau Tok Janggut tokoh Melayu Kelantan yang
mengangkat senjata melawan penjajah Inggeris. Selepas merdeka, Saya meletakkan
Tan Sri  Dato’Mohd Asri Haji Muda
(Allahyarham)  sebagai salah seorang
tokoh politik Kelantan terbilang.
Mohd
Asri,  putera jati Kelantan, lahir di Kg.
Masjid, Kota Bharu  tanggal 10 Oktober 1923
dan kembali ke rahmatullah  28 Ogos 1992
dalam usia 69 tahun. Tokoh ini agak istimewa kerana penglibatan panjang beliau
dalam perjuangan politik sebelum dan selepas merdeka. 
Asri menghabiskan
usia dewasanya  berjuang dalam bidang
politik melalui beberapa pertubuhan politik seperti Persekutuan Persetiaan
Melayu Kelantan (PPMK), Ketua Angkatan Pemuda Insaf Cawangan Kelantan
(1946-1947), pengasas parti Islam pertama di Tanah Melayu Hizbul Muslimin
(1947-1948), kemudian menyertai Parti Islam SeTanah Melayu atau PAS. Jawatan
pertama diperingkat kepimpinan ialah Pesuruhjaya PAS pertama Negeri Kelantan,  seterusnya Yang Dipertuan Agung PAS (1968 –
1983).
Di bawah
kepimpinan Asri,  PAS berjaya mentadbir
negeri Kelantan dengan aman. Pilihan Raya Umum 1959 memberi kemenangan besar
kepada Parti Islam SeTanah Melayu. Selepas dilantik Menteri Besar Kelantan, pertama-tama
 terbit dari mulut Asri ialah mahu menubuhkan
universiti Islam di Kelantan. Dicari lokasi sesuai, akhirnya Almarhum Sultan
Yahya Petra bermurah hati memperkenankan istana baginda di Nilam Puri dijadikan
tapak universiti yang dicita-citakan. Olehkerana ketika itu halangan oleh Akta
Pelajaran  yang tidak membenarkan
penubuhan universiti  swasta kecuali oleh
kerajaan pusat, perkataan universiti ditukar menjadi  Pusat Pengajian Tinggi Islam. Sekarang
sebagai Akedemi Islam Universiti Malaya Nilam Puri.  
Jambatan
pertama menyeberangi sungai Kelantan menghubungkan  Kota Bharu dengan Tumpat dan Pasir Mas dibina  di zaman Asri sebagai Menteri Besar. Tiada
siapa percaya , PAS mampu membina jambatan itu kerana kangkangan kewangan.
Sehingga ada individu bernazar; jika siap jambatan  aku akan berlari berbogel dari kepala jambatan
di Kota Bahru ke hujung jambatan di Pasir Pekan. Akhirnya jambatan siap. Tak
tahu, samada nazar ditunaikan atau tidak, 
boleh juga dilakukan dengan berlari telanjang dini hari takala  bulan gelap. Asri juga membuka tanah rancangan
di Gua Musang, dengan memberikan peneroka tanah pertanian dan lot rumah. Ramai
rakyat Kelantan mendapat manfaat dari kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Bukan
merampas tanah rakyat yang sudah diterokai sekian lama. 
Dari
buku Memoir Politik Asri dicerita juga tentang seorang lelaki. Suatu pagi, saat
Asri berada di rumahnya  di Kuala Lumpur,
datang  seorang pemimpin muda PAS, waktu
itu Tun Dr Mahathir baru dilantik sebagai Perdana Menteri, memberitahu bahawa
Mahathir akan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya. “Habislah kita
orang PAS” kata pemuda itu. Asri  lantas
bertanya “Kenapa PAS boleh habis?´”  Jawab pemuda “Rakyat akan lari menyertai Umno
kerana Umno sudah bernausa   Islam”. Dengan senyum Asri berkata “Kewajiban
menegakkan Islam terletak di bahu setiap umat Islam, tanpa mengira mereka itu
PAS, Umno atau sesiapa”. 
Jasa
Asri kepada rakyat Kelatan terlalu besar,  namun sejarahnya dipadamkan oleh bekas parti
yang bangunnya sendiri. Generasi sekarang hampir tak mengenali siapa itu Dato’
Asri Haji Muda.  Tiada sebatang jalan pun
di Kota Bharu dinamai dengan nama Allahyarham. Demikian nasib seorang politikus
yang suatu ketika dahulu namanya meniti bibir setiap rakyat Kelantan, sehingga
ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama Asri lantaran ketaksubannya. 
Haji
Ishak Lotfi Omar (Dato’)  juga boleh
dimasukan sebagai tokoh politik Kelantan, sebaris dengan Mohd Asri Haji Muda.  Haji Muhamed Nasir (Dato), Tan Sri Mohamed
Yaccob.  Yang paling menonjol  ialah Tok Guru  Haji Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham menjadi
Menteri besar Kelantan paling lama (1990 – 2014). Tokoh-tokoh itu  sudah kembali ke rahmatullah.  
Selain nama-nama
itu, Tengku Razaleigh  Hamzah jangan dilupakan.  Anak raja berjiwa rakyat  itu juga adalah  tokoh politik Kelantan. Hanya kerana usia
semakin lanjut,  popularitinya  semakin  menurun, 
namun tokoh ini di era kegemilangannya  pernah merubah sosio politik  Kelantan ketika itu. Siapa pula tokoh
pelapis?  Tak keterlaluan kalau saya
katakan Datuk Mustapha Mohamed dan Tan Sri Annuar Musa sebagai tokoh politik
Kelatan masakini. 
Game Online Terbaik
ReplyDelete-24 Jam Layanan Terbaik
-Proses Cepat Pasti Nyaman
-Real Player Vs Player No Robot
mcb poker
mcbpoker blackjack
mcbpoker super10
mcbpoker omaha
mcbpoker ceme
mcbpoker ceme keliling
mcbpoker capsa
mcbpoker domino
mcbpoker Bandar Poker IDN
mcbpoker poker
austine88
ReplyDeletelink austine88
link alternatif austine88
Bandar online slot dan togel
agen slot terlengkap
slot gacor
situs judi online
bandar togel
slot online terbaik
agen slot dan togel
situs togel dan slot
togel singapore
slot online terpercaya
agen slot
Pragmatic Play
Deposit pulsa
Deposit pulsa
livegames casino
online slot
ReplyDeletepermainan slot
play slot
togel slot
agen slot dan togel