Menunggu PAS usai  muktamar
Oleh: Rossem
Sistem demokrasi membenarkan setiap rakyat menubuhkan berapa
banyak parti politik yang mereka mahu. Di 
Malaysia tak kurang 20 buah parti politik termasuk Bebas bertanding
dalam setiap kali pilihanraya.  Barisan
Nasional (BN) bergabung dengan  13 buah
parti politik. 5 dari  Semenanjung dan
selebihnya dari  Sabah dan Sarawak.
Membentuk menjadi sebuah parti 
menggunapakai  satu lambang iaitu
Dacing, sebelum itu Kapal Layar (Perikatan).
Lawan kepada BN ialah PAS, PKR , DAP dan PSM. Hanya mulai  Pilihan Raya Umum ke 12,  keempat-empat parti itu berkerjasama secara
lebih mantap, membentuk Pakatan Rakyat (PR), berdepan  satu lawan satu dengan BN. Sebelum itu PAS,  DAP dan parti-parti lain  berlawan 
secara berasingan. Hasil persepakatan itu BN hilang majoriti  dua pertiga di parlimen  sampai sekarang.  Terengganu, Perak, Selangor, Pulau Pinang
jatuh ke tangan PR. Kedudukan BN terus goyah walaupun Terengganu, Perak dan
Kedah berjaya dirampas kembali dari tangan PR.
Hakikatnya, untuk memerintah Malaysia  perlu ada hanya dua parti komponen bertanding
pada  Pilihan Raya Umum. Dalam konteks
hari ini, hanya  BN atau PR boleh  merealisasikan  matlamat itu. BN sudah membuktikan
pengabungan itu telah memberikan  parti
itu kejayaan memerintah Malaysia sejak merdeka sehingga ke hari ini. PR belum
lagi. 
Rakyat yang bencikan  Umno/BN telah meletakkan harapan besar kepada
Pakatan Rakyat sebagai parti alternatif untuk  menggantikan parti tua itu. Sudah dua kali  Pilihan Raya Umum,  rakyat yang tak puas hati dengan BN  telah mengundi  PR tetapi gagal mencapai kejayaan. Namun
peningkatan sokongan menunjukkan ada harapan untuk menumbangkan BN pada PRU
yang mendatang. 
Malangnya,  selepas
PRU ke 13, gabungan antara parti-parti dalam Pakatan Rayat menjadi semakin
longgar.  Mula menampakkan retak .  PAS dengan 
DAP  menjarak,  dengan PKR juga ibarat api dalam sekam. Masing-masing
ada perasaan tak puas hati mahu diluahkan. Sebahagiannya sudah pun diluahkan.
Semua orang  mengetahuinya.
Andai berlaku Pilihan Raya Umum sekarang , jika kain
koyak  itu tak dijahit segera, banyak
kawasan  akan berlaku  pertembungan tiga penjuru, maka pemenangnya
tentulah berpihak kepada  BN. Sekali lagi
 harapan rakyat untuk merasai udara “
lain” dalam iklim politk Malaysia  tak
tercapai.
Puncanya, perbezaan matlamat perjuangan yang ketara antara
parti-pati dalam PR. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan Islam mahukan  hukum hudud yang gagal dilaksanakan di
Kelantan walaupun   sudah  dipersetujui 
Dewan Undangan Negeri itu  1993
dengan sebulat suara dilaksanakan sekarang. DAP membantah secara terbuka. MCA
dan Gerakan lagi dahsyat, Gerakan Kelantan mencabar enakmen jenayah syariah  daripada dilaksanakan di Mahkamah Kota Bharu,
tapi ditolak Mahkamah. Kalau dikirakan, DAP tak sampai ketahap itu. Tak sampai
ke mahkamah. 
Koronologi  hudud yang
dibawa oleh PAS sepanjang sejarah perjuangan parti Islam itu dalam konteks politik
Malaysia sepatutnya menjadi renungan. Tahun 1960an bila PAS menyuarakan akan  melaksanakan hukuman itu jika  berjaya memerintah khususnya di Kelantan
telah meresahkan  ramai pimpinan Umno.  Presiden Umno dan Perdana Menteri  Malaysia ketika itu, Almarhum Tengku Abdul
Rahman Putra sehinga  mengeluarkan
kenyataan secara menyindir “ Habislah batu di negeri Kelantan digunakan untuk
merejam pezina. Tak boleh buat jalan raya lagi” . (Almarhum Tengku dalam satu
ceramah menyokong Parti Semangat 46 di Ampang selepas meninggalkan Umno telah menyebut
perkataan  taubat,  bahkan 
menyalahkan ulama-ulama yang ada dalam Umno kerana tidak memberitahu   beliau, perbuatan itu berdosa disisi Islam). 
Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri  masih lagi kedengaran  suara-suara  sinis mengkritik  hukum hudud dikeluar oleh beliau dengan
mengatakan “kita menolak hudud PAS” .  Hanya di Zaman Tun Abdullah Badawi dan Datuk
Seri Najib Razak suara-suara sumbang menentang hudud tak kedengaran. Malah
sebahagian ahli parlimen dan Ahli Undangan Negeri  dari Umno sekarang ada yang secara terbuka  menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. 
Begitu juga dikalangan non- Muslim seperti Cina dan India, khususnya
di semenanjung , ramai  sudah memahami  hudud dan tujuan pelaksanaannya  sehingga dikalangan mereka ada yang menyokong
hudud. Hanya pemimpian mereka saja masih berdegil , samada mereka masih belum
benar-benar faham atau ada kepentingan politik tertentu tak diketahui.
Justeru  PAS  boleh membangga, penat lelah memperkenalkan
hudud kepada masyarakat sebenarnya mencapai banyak kemajuan. Dikalangan umat
Islam sendiri  khususnya dari kalangan pendokong   Umno berlaku perubahan yang ketara, tiada
lagi suara  memperlekehkan hudud secara
terbuka.  Mungkin  yang tersisa,  samada dari kalangan orang Islam atau
non-  Muslim harus diberikan penerangan berganda
 dari masa ke semasa.  Banyak bersabar dan sekali-kali jangan putus
asa. Suatu hari , insyaallah diberikan Allah SWT hidayah, mereka bisa menerima
hudud. 
Kerajaan Kelantan sejak 
tahun 1993 mengadakan “Hari Hudud” setiap tahun, sepertimana rakyat
Malaysia menyambut Hari Guru, Hari Ibu, Hari Polis, Hari Tentera dan
sebagainya. Ramai bertanya, mengapa Menteri Besar Kelantan ketika itu, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Allahyarham) mengadakan sambutan Hari Hudud yang
tak pernah dibuat oleh mana-mana negara umat Islam di dunia ini. Tok Guru mahukan
rakyat benar-benar faham dan terbiasa dengan sebutan  “hudud” yang menjadi fobia sebahagain orang
terutama non-Muslim. Hasilnya dengan sambuatan itu rakyat akhirnya semakin
faham Hudud dan merindui Hudud itu agar segera dilaksanakan khususnya di
Kelantan.
Yang ditunggu-tunggu ialah, samada PAS bercerai dengan
Pakatan Rakyat dan menghadapi pilihan raya berseorangan atau Hukum Hudud berjaya
direalisasikan  di Negeri Kelantan.
Apapun tunggu keputusan pemilihan pucuk pemipinan PAS pada  Muktamar Jun ini.  
slot online terpercaya
ReplyDeletesitus slot terpercaya
situs slot gacor
cuan slot
situs judi slot