Oleh: Rossem
Dewan Merdeka, gedung PWTC kembali sepi. Wajah-wajah bengis, serius, terkadang senyum dan ketawa terbahak-bahak sudah angkat kaki. Pemimpin yang silih berganti berdiri  di restrom, berteriak-teriak  sambil mengenggam penumbuk  sudah kembali ke kampung masing-masing. Tukang-tukang tepuk tangan yang ribuan jumlahnya  memenuhi dewan keramat pusaka bangsa yang tersergam megah juga sudah pulang ke kawasan masing-masing untuk merealisasikan  pesan-pesan yang disampaikan pimpinan sepanjang empat hari perhimpunan. 
Ikut pulang ialah tukang-tukang lawak yang didatangkan khas dari seluruh negara untuk   menghibur para perwakilan dengan aksi lawak yang mencuit hati. Sebahagiannya adalah veteran-veteran    yang sangat pakar dalam  bidang komidian.   Sesiapa   yang melihat gelagak dan mendengar lawak mereka dari atas penras pasti ketawa sampai keluar air mata. Termasuk rakyat jelata yang menonton lewat skrin televisyen  di rumah masing-masing.
Yang bijak berpantun, akan  berpantun, yang berbakat puisi,   berdiklamasi  puisi, yang bergelar ustaz, membaca ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Nabi saw. Pantun, puisi, seloka dan petikan ayat-ayat al –Quran serta hadis Nabi saw  itu disediakan di rumah masing-masing, melalui proses penghafalan   berminggu-minggu sebelum datang ke perhimpunan. 
 Laungan “Hidup UMNO! Hidup Melayu!” bergema seluruh dewan. Dapat didengar sehingga ke  rumah-rumah rakyat seluruh negara melalui televsyen dan radio.  Berdiri bulu roma Pak Ngah, Pak Lah, Tok Senik, Mak Jah dan Mek Jenab bila mendengarnya. Bangsa Melayu belum mati. Demikian kesimpulan mereka.  
 Laungan “Hidup UMNO dan Hidup Melayu” diucapkan bersekali  dengan tangan dijulang tinggi, membentuk penumbuk, simbol  keberanian dan keperkasaan, sebagai tanda  tingginya semangat perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan agama Islam.
 Tapi di luar dewan, di lokasi perumahan di kota-kota besar dan  desa-desa, rakyat jelata tidak melaungkan kata-kata keramat itu, sebaliknya menjerit  “Turunkan Harga Barang...” . Rakyat  sangat menderita dengan kenaikan harga barangan keperluan yang berlaku tanpa ada usaha untuk menurunkanya dari pemerintah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  seperti tidak sedar penderitaan rakyat ini.
 Tarif elektrik yang tinggi dan khabarnya akan naik lagi.  Harga petrol yang amat membebankan pengguna. Kenaikan barangan asas itu  tak  cukup dengan pemimpin  hanya memberi  jawapan; kita sudah  beri sabsidi. 
 Rakyat Kelantan perlu berubah, seru salah seorang perwakilan  dari Kelantan. Menurutnya PAS sudah menyeleweng dalam perjuangannya  kerana mengikut telunjuk DAP sehingga sanggup menggugurkan dasar parti itu untuk membentuk negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan. 
 Dalam kesepakatan bersama mengenai pelaksanaan undang-undang hudud antara PAS, PKR dan DAP di Kuala Lumpur ( 29 September 2011), DAP memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003, dan menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Justeru tidak timbul lagi soal DAP menentang pelaksanaan hudud.
 Sebaliknya, sesama pemimpin UMNO sendiri bertelingkah pendapat tentang hudud. Hukum Islam itu tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Hudud belum sesuai dilaksanakan dan pelbagai lagi rasional yang mengambarkan tidak bersetuju hudud di praktikkan di negara ini keluar dari lisan para pemimpin tertingginya. 
 Belum lagi diambilkira pendirian komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan yang terang-terang menghina hukum hudud. Jika dilaksanakan hukum hudud,  negara tidak akan maju, pelabur lari dan sebagainya. 
 Faktanya ialah, PAS tidak sekali-kali mengikut  telunjuk DAP seperti dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mustafa Mohamed. 
 Sepanjang Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, para pemimpinnya hanya bercakap soal perjuangan bangsa,  disamping  meminta rakyat mengenang jasa UMNO yang menunjangi sejarah pembentukan negara sejak 1946 dan membawa transformasi serta kejayaan besar hingga memakmurkan semua kaum di Malaysia. 
 Tiada   pemimpin yang bercakap  tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka. Menyuruh rakyat berbuat makruf   kerana balasannya  syurga, dan   jangan berbuat mungkar  kelak
 dihumban ke dalam neraka.
Tak pernah kita mendengar pemimpin  UMNO bercakap seperti itu.  Setiap kali berjumpa rakyat hanya pembangunan yang mereka janjikan, sedangkan pembanguan itu berupa kewajipan pemerintah untuk dilaksanakan  kepada  rakyat. Negara mana sekalipun di dunia ini, hatta komunis menyediakan pembangunan untuk rakyat mereka.
Berbeza dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,
setiap kali beliau menyampaikan ucapan,  tanpa mengira siapa khalayak, di dewan muktamar, masjid  atau di mana saja,  diperingatkan oleh beliau, pertama-tama  ialah dosa pahala, syurga dan neraka.  
Kita sudah melalui  enam Perdana Menteri   sejak merdeka, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussain Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib, namun tiada seorang pun dikalangan enam  Perdana Menteri  itu yang bercakap kepada rakyat tentang dosa pahala, syurga neraka, buat baik masuk syurga, buat jahat dihumban ke dalam neraka.
Hanya Tuan Guru, sejak mula mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri 1990  sehingga sekarang tak jemu-jemu mengingatkan rakyat tentang dosa pahala, syurga neraka, kebahagian hidup di dunia dan kebahagian di negeri akhirat.
Rakyat Kelantan khususnya amat bertuah kerana mendapat seorang pemimpin dan ketua kerajaan seperti Tuan Guru yang sentiasa mengingatkan kita hakikat hidup sebenar di muka bumi  ini, disamping pembanguan material yang juga kita nikmati seperti di negeri-negeri lain.
Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.
ReplyDeleteSangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
Bonus yang tersedia saat ini
Bonus new member Sportbook 100%
Bonus new member Slot 100%
Bonus new member Slot 50%
Bonus new member ALL Game 20%
Bonus Setiap hari 10%
Bonus Setiap kali 3%
Bonus mingguan Cashback 5%-10%
Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
Bonus Referral
Minimal deposit hanya 10ribu
EBOBET juga menyediakan berbagai layanan transaksi deposit dan withdraw Bank Lokal terlengkap Indonesia seperti Bank BCA - Bank BNI46 - Bank BRI - Bank Mandiri - Bank Danamon - Bank Cimb Niaga, OVO, Deposit via Ovo. Deposit via Dana, Deposit via Go Pay, Telkomsel dan XL.
Situs :EBOBET
WA : +855967598801