Oleh: Rossem
Muammar Gaddafi pada awal kekuasaannya di Libya, sesudah mengulingkan pemerintahan Raja Sanusi pada 1977 disanjung seluruh dunia, menjadi hero  terutama di negara-negara umat Islam dan Dunia Ketiga,  kerana keberaniannya mengatakan “no” kepada Amerika Syarikat. 
Kelantangannya  mencabar Amerika dan Barat  ketika itu disebabkan negara komunis seperti Uni Sovet berdiri dibelakangnya. Setelah Uni Sovet runtuh singa Afrika Utara  itu bagaikan tercabut taring. 
Ketika tentera  Rusia menaluki bumi Afghnistan dan melakukan kezaliman ke atas umat Islam di sana, Libya menyebelahi Rusia.
 Dan satu pertanyaan tiba-tiba muncul di penjuru hati;   berapa banyakkah bantuan yang pernah diberikan Libya untuk membantu rakyat Palestin?
 Gaddafi sosok  yang taksub dengan sistem sosialis gayanya sendiri. Sistem  itu dijadikan sebagai dasar   pemerintahan  negara Libya. 
Ketaksudban  yang mendalam membuatkan beliau tampak tidak bersahabat dengan Islam. Selama pemerintahannya beliau menghumban ke penjara ribuan ulama dan pemimpin gerakan Islam, bukan hanya dikalangan Ikhwanul Muslimin Libya, tetapi ulama dan pemimpin lain yang ingin menegakkan kebenaran dan keadilan. 
Ternyata Gaddafi memang  tidak berminat dengan Islam. Buku Hijau (kitabul akhdar) yang diperkenalkan 1977 yang menjadi panduan pemerintahannya sangat mengelirukan. Ditulis sendiri oleh beliau tanpa sepatah perkataan pun menyebut nama Allah SWT, Rasulullaah saw dan al- Quran serta hadis. Persepsinya pada Islam tersangat rendah. Bahkan dalam Buku Hijau muka surat  130 bab sukan, Gaddafi mengungkapkan: Sesungguhnya sukan itu samalah seperti solat.
Walaupun demikian tidak dinafikan, banyak  pertubuhan-pertubuhan Islam di seluruh dunia yang  dibantu olehnya dengan material dan latihan. Membiayai membangun masjid-masjid, gedung-gedung  dan sebagainya. 
Juga  membantu gerakan-gerakan pemisah di negara yang umat Islam menjadi minoriti, tapi itu berlaku pada tahun-tahun awal pemerintahannya. Mungkin disebabkan tindakannya itu makanya Gaddafi sangat dibenci Amerika Syarikat dan Barat sehingga menganggapnya  sebagai lelaki gila dan harus dibunuh.
Menganggap dia “gila” juga memang ada kewajaranya, kerana tidak ada pemimpin dunia yang waras sanggup menggunakan pesawat pengebom untuk mengebom rakyatnya sendiri yang melakukan demonstration di lapangan. Namun Gaddafi sanggup melakukannya dengan alasan pengkhianat-pengkhianat  itu adalah anjing Amerika. 
Kerana kezaliman kepada rakyatnya sehingga di luar batas-batas kemanusian, makanya ulama terkenal, Dr Syeikh Yusof Al-Qaradhawi menyeru sesiapa juga termasuk tentera Libya supaya membunuh Gaddafi. Kata-kata  sang ulama itu tidak dipengaruhi Amerika dan Barat tapi dalam konteks hukum Islam, bahawa Gaddafi sudah sewajarnya dibunuh. 
   
Tanggal 20 Oktober 2011,  kata-kata ulama itu menjadi realiti- Gaddafi mati di tangan rakyatnya sendiri di tempat persembunyiannya  terakhir, iaitu di Sirte. Menurut laporan Gaddafi ditahan dan dibunuh ketika cuba melarikan diri dari kampung kelahirannya  selepas berminggu-minggu bertahan dari kepungan NTC. 
Benar seperti pernah diucapkannya sewaktu awal penentangan  rakyat terhadapnya: Saya akan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir. Sekarang kata-kata itu menjadi kenyataan - mati di tanah airnya sendiri. Padahal kalau Gaddafi mahu melarikan diri ke luar negara  juga boleh, tapi ia memilih untuk mati sebagai pahlawan.
No comments:
Post a Comment