Oleh:Rossem
Rencana perarakan raksasa si baju kuning tanggal 9 Julai di Kuala
Lumpur sudah gegak gempita sejak sebulan lalu. Sekarang tinggal  lima
hari saja lagi.    Publisiti  semakin hebat dan panas,  setiap hari,
sejak sebulan  lalu,  dua atau tiga lembaran koran memuatkan berita
seputar itu. Radio dan televisi juga tak kurang berperanan sebagai
tukang heboh. Facebook, twiter, blog sememangnya media yang
mendahului.
Berapa kira-kira bayarannya?. Jika sebuah iklan mahu dimuatkan dalam
koran nasional seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Strait Times. Kadar  bayarannya adalah, selembaran penuh tak kurang RM15 ribu untuk sekali keluaran. Tapi
untuk perhimpunan  Bersih  2.0 tanggal 9 Julai itu bayaran publisitinya
 grantis (percuma).
Publisiti  tidak semestinya mengguna   kata-kata lunak yang  memuji.
Kata-kata  jejek juga termasuk dalam kaedah mempromosikan sesuatu.
Pertubuhan atau individu dikenali umum liwat  dua kaedah. Diberikan
gambaran jelek  atau  sejambak pujian.
Gerakan Bersih  termasuk dalam katogeri “penerima tetap” kata-kata
jelek, kata-kata amaran,  maki hamun, ugutan akan ditangkap, setiap
hari dari lidah pemimpin UMNO/BN, NGO –NGO, polisi  dan individu
tertentu lewat jalur  media cetak, elektronik dan media maya pro mereka.
Semuanya bersatu memperlekehkan serta menafikan  matlamat  Bersih mahu
mengumpulkan ratusan ribu rakyat  untuk berarak di Kuala Lumpur 9
Julai.
Sasaran utama dituju kepada Pengerusi  Bersih, Datuk Ambiga. Seorang
perempuan yang berani. Meskipun diugut dengan pelbagai ugutan, bahkan
sehingga pernah menerima ungutan bunuh lewat khidmat pesanan ringkas
(sms),    namun tak berganjak, tetap akan meneruskan perhimpunan aman
seperti direncanakan.
Yang sangat  tidak wajar ialah saranan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali
Rustam agar  pemerintah  melucutkan taraf kewarganegaraan Datuk
Ambiga. "Dia boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak
berdemonstrasi. Kalau nak jadi seperti negara luar, biar dia jadi
rakyat negara luar," katanya dengan garang dalam satu sidang media.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk pemerintah  meminta pihak kerajaan membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 tanggal  9 Julai.  Bagi Suhakam, rakyat  mempunyai hak  untuk berhimpun dan menyuarakan opini secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam. 
Himpunan Bersih yang digerakkan berbagai NGO hanya perarakan secara
aman   dalam usaha menyerahkan lapan tuntutan kepada Istana Negara.
Tuntutan itu  adalah Bersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos,
Gunakan dakwat kekal, Masa kempen minima 21 hari, Akses media yang
bebas dan adil, Kukuhkan institusi awam, Hentikan korupsi dan Hentikan
politik kotor.
Perhimpunan Bersih  tidak melibatkan sentimen agama, kaum, budaya.
 Ia dianjurkan oleh rakyat Malaysia yang multi kaum dan agama. Oleh NGO –NGO yang
melihat sistem pemilu di Malaysia harus direformasikan sesuai dengan
kehendak masakini. Terutama harus  bersih dari unsur korupsi  dan
permainan politik kotor.
Sebelum ini,  mantan Ketua Majlis Peguam itu tidak  dikenali  umum.
  Demikian juga NGO Bersih, nama itu sebelum ini biasa-biasa
saja, namun kini kepopularitinya  sudah meniti dari bibir ke bibir,
kanak-kanak dan orang dewasa, orang desa dan orang kota mengenalinya
sebagai sebuah NGO yang ditakuti pemerintah. Sementara warna kuning
yang menjadi simbol Bersih menjadi warna popular sekaligus warna
lucuan di Malaysia. Sesiapa yang memakai, membawa dan menyimpan baju T
berwarna kuning dan tetera perkataan  Bersih pada baju tersebut bisa
ditangkap polisi. Ramai sudah yang ditangkap di seluruh Malaysia
kerana memakali baju sedemikian.
Gara-gara publisiti berlebihan oleh media pro pemerintah, meskipun  untuk tujuan menjelekkan Ambiga dan Bersih, kini Ambiga dan Bersih menjadi popular. Barangkali
media lupa bahawa kaedah yang dilakukan  sebenarnya satu promosi
grantis buat mereka.  Daripada tidak dikenali sebelum ini menjadi
dikenali ramai.  Justeru umum  mengatakan, jika perhimpunan dibatalkan
9 Julai  ini pun, hakikatnya Bersih sudah berjaya  mencapai matlamat.
Rakyat sudah mengenali  Bersih.
No comments:
Post a Comment