Oleh: Rossem
Non-Muslim mewasiatkan hartanya kepada masjid dianggap sesuatu yang janggal dan jarang berlaku, tapi  di Kelantan  berlaku sebaliknya. Kesedaran barangkali timbul setelah non -Muslim  melihat  Negeri Serambi Mekah  yang ditadbirkan ulama,  sekaligus  tempat tumpah darahnya adalah sebuah negeri yang benar-benar mengamalkan kebajikan, membela semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.
Realitinya, Negeri Kelantan yang ditadbirkan oleh PAS  sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya terutama warga emas. Skim Takaful Kifalah adalah contoh mudah bagaimana kerajaan merealisasikan kebajikan untuk rakyat saat si pencarum amat memerlukan  bantuan. Skim ini meliputi semua kaum dan agama.  
Baru-baru ini seorang non-Muslim dari kaum Cina, Lee Heh Khoon telah meninggal dunia. Mendiang menjadi salah seorang pencarum dalam skim tersebut,   justeru keluatga mendiang  berhak mendapat sumbangan untuk mengurus jenazah dan pengkebumian dari Takaful Kifaalah sebanyak RM2,500.   Namun mendiang semasa hidupnya telah berwasiat agar RM2,000 daripada  skim itu   diserahkan kepada Masjid Muhammadi, Kota Bharu. 
Hajat mendiang akhirnya terlaksana. Pada tanggal 19 April 2011, cek yang bernilai RM2,000  diserahkan Pengurus Kifalaah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie kepada Imam Muda Masjid Muhammadi, Wan Zulkifli Wan Omar dalam satu majlis ringkas di Pejabat DUN Kota Lama. 
RM500 telah telah diserahkan kepada keluarga mendiang Lee pada hari kematiannya untuk dibelanjakan berkaitan dengan kelengkapan jenazah. Selebihnya RM2,000 diserahkan kepada masjid seperti diwasiatkan.
Selanjutnya Imam Muda, Wan Zulkifli melahirkan rasa terharu terhadap prihatin yang diberikan masyarakat non-Muslim terhadap kepentingan Masjid Muhammadi. “Saya bersyukur dan senang sekali  dengan apa yang ditunjukkan mendiang  dan keluarganya, semoga menjadi contoh kepada yang lain”.
“Melalui pengalaman ini, insya-Allah mungkin kebajikan masyarakat non-muslim akan kita (pihak masjid)  beri perhatian” ujarnya.
Hakikatnya, sejak dilancarkan skim takaful kifaalah warga emas, sehingga kini lebih 100 warga emas yang menjadi skim ini sebagai jalan alternatif untuk bersedekah. Mereka memilih masjid seperti Masjid Ibrahimi Pasir Putih, Pasti Tuan Guru Haji Omar Sungai Pinang, Madarasah Kampung Rahmat Kandis dan lain-lain.
Mereka tidak menjadikan anak-anak sendiri sebagai wasi sebaliknya pada masjid dan perjuangan Islam.
No comments:
Post a Comment