Oleh: Rossem
Terkadang kita  hairan, kenapa mereka sering  membangkitkan soal kebudayaan Indonesia yang dikatakan diciplak Malaysia, misalnya  tarian Pendet Bali,  dan sebelumnya  lagu Terang Bulan, yang menjadi lagu kebangsan Malaysia, padahal  lagu yang asal keroncong itu diberi izin Almarhum Presiden Soekarno pada awal 1960an untuk digunakan oleh Malaysia. Hal ini  diakui sendiri  waris pencipta lagu tersebut, Aden Bahri, anak kepada pencipta lagu tersebut, Alamarhum Saiful Bahri. 
 Tarian Pendet pula,  Malaysia sendiri mengaku, sebuah syarikat periklanan yang dilantik (dari Singapura)  telah salah memetik tarian  tersebut, kemudian  dimasukan dalam iklan promosi Malaysia yang disiarkan saluran Discovery Channel. Discovery Channel sudah pun memohon maaf di atas kesilapan tersebut.  
 Selanjutnya perlu diingat, bukankah budaya Malaysia-Indonesia itu sebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang  sama atau ada kemiripan antara satu sama lain. Hal ini disebabkkan latar belakang budaya negara serumpun bangsa itu saling kait mengait. Sejarah dan peta besar Nusantara itu sendiri merangkumi dua buah negara itu yakni Indonesia, Malaysia,   selain Singapura, Brunai Darulsalam, Selatan Filipina dan Selatan Thai. 
Di Malaysia, budaya Indonesia   di bawa dan dikembangkan oleh orang -orang Jawa, Bugis, Minang, Acheh, Banjar  yang berhijrah ke Malaysia lebih sedekad  lalu. Pastinya mereka membawa bersama budaya mereka. Rekabentuk rumah di Negeri Sembilan misalnya rata-rata berbentuk rumah gadang di Tanah Ranang. Ini disebabkan  asal usul orang Negeri Sembilan itu adalah etnik Minang dari Sumatera Barat, Indonesia, yang berhujrah ke Malaysia sebelum penjajah Inggeris.  
Dua buah negeri  di Malaysia iaitu Johor dan Selangor adalah majoriti penduduknya   etnik Jawa. Bugis terdapat di Johor dan Pahang, bahkan Perdana Menteri Malaysia sekarang leluhurnya dikatakan orang Bugis. Mantan Naib Presiden Pas dulu, Dr. Daeng Sanusi Mariot juga orang Bugis. Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri  Dr Ahmad Zaid Hamidi orang Jawa. Sementara Menteri Penerangan, Komunikasi.Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim  orang Minang. 
 
 Etnik Acheh banyak terdapat di Pulau Pinang dan Kedah. Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid orang Acheh, isterinya anak kepada pahlawan Acheh (Indonesia), Almarhum Daud Baruweh. Tengku Adnan Mansur mantan Setiausaha Agung UMNO juga dari etnik Acheh. 
 Hanya di negeri Kelantan dan Terengganu  tidak ramai  masyarakat yang berasal dari negara seberang Selat Melaka itu, namun hubungan dua buah negeri ini, terutama Kelantan dengan Tanah Jawa sudah terjalin lama sebelum penghijrahan orang-orang Jawa ke Selatan dan tengah Semenanjung (Johor dan Selangor). 
Arsitektur tradisional Melayu Kelantan sangat dekat dengan arsitektur Islam di Jawa, contohnya masjid Kampung Laut (sekarang di Nilam Puri) yang hampir menyamai reka bentuknya dengan masjid-masjid lama seperti Masjid Agung Demak dan Masjid Menara Kudus di Jawa. Bahkan yang tampak ketara ialah bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Bharu,  yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan dan exco-exconya. Bumbung yang berlapis itu mengingatkan kita akan kreton-kreton kesultanan Jawa di Jokjakarta. 
Justeru, kita hairan, bila ada segelintir warga Indonesia yang buta sejarah, lalu marah-marah kepada Malaysia kononnya Malaysia menciplak budaya mereka. Sehingga kelompok ini sanggup berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, melontar telur busuk, bahkan yang lebih dahsyat kumpulan Bendera dengan bersenjatakan bambu runcing, mengadakan sekatan jalan raya dikota Jakarta,  menahan kenderan yang lalu lalang sembil meminta kad pengenalan, konon mencari Rakyat Malaysia. 
 Saat kempen pilihan raya presiden Indonesia, kebetulan saya berada di Indonesia.  Sewaktu di hotel saya menonton televisyen sigmen berita. Ditunjukkan setiap hari ribuan wajah-wajah  bengis dari aktivis parti Golkar menunjuk perasaan di Makasar, Sulawesi, bakar bendera Jalur Gemilang, kerana  membantah pencerobohan Malaysia di Ambalk. Sehingga saya terfikir; apakah saya selamat keluar dari bilik hotel dan bersiar-siar di Kota Medan. Wajah-wajah  yang histeria itu mempamirkan kebencian mereka yang mendalam kepada Malaysia bagaikan dirasuk syaitan.
Antara isu yang sering dipanaskan ialah kes penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikannya, padahal kes seperti itu stastiknya terlalu kecil berbanding dengan hampir dua juta pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia. Di sisi lain, media mereka jarang  melaporkan puluhan rakyat Indonesia melakukan jenayah di Malaysia. Seolah-olah  mereka mahu menutup kejahatan yang dilakukan itu dan memberitahu   yang datang ke Malaysia itu baik-baik belaka. 
 
Namun saya percaya majoriti rakyat Indonesia tidak sejelek  itu, mereka masih dapat mengawal kewarasanya. Hanya  sebilangan kecil  yang terpengaruh dengan media negaranya, juga mereka yang  ada agenda tertentu yang didalangi orang ketiga atau yang menerima upah,  melakukan tindakan yang boleh merosakkan hubungan antara dua negara serumpun bangsa. 
Kalau ikut hati panas, Malaysia juga boleh menamatkan izin bekerja bagi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dan menghalang kemasukan baru. Juga memberhentikan pengambilan  drama-drama  Indonesia untuk siaran televisyen Malayisa. Tapi untuk apa? Rakyat Malaysia masih berfikiran waras!. 
 
.
No comments:
Post a Comment