Oleh:Rossem
Jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui  pilihan raya ia akan membangkitkan kemarahan rakyat. Kata-kata itu datangnya daripada seorang veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li berkata demikian setelah melihat terdapat unsur-unsur yang tidak sihat berlaku di Perak disebalik peralihan kuasa oleh BN, 6 Februari  lalu. 
 Selanjutnya putera bangsawan dari Kelantan itu menambah “Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, masih lagi sah sebagai Menteri Besar Perak selagi tidak dipecat melalui undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau beliau meletak jawatan secara sukarela”.  Ku Li berkomenter demikian setelah menyaksikan BN secara tergesa-gesa menobatkan Datuk Dr  Zambry  Abdul Kadir  sebagai Menteri Besar Perak ke -11, mengantikan Nizar, di mana upacara mengangkat sumpah berlangsung pada  petang 6  Februari,  di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,  setelah mendapat  perkenan Baginda Sultan. 
 Begitu pantas sekali drama ini.  Belum pun sempat penonton membetulkan tempat duduk- drama sudah tamat. Atau ibarat buah-  berputik 3 Februari, berbuah 4 Februari, ranum 5 Februari dan 6 Februari sudah boleh di makan. Satu keanehan barangkali, tapi itulah  senario politik Malaysia hari ini. Untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat secara sah lewat proses demokrasi, hanya memerlukan masa kurang lebih tiga hari- kerajaan itu siap tumbang! 
 Seperti  permainan bola sepak kayaknya! Sang pengadil meniup wisel kemenangan, bila bola berjaya memasuki  gawang lawannya, walaupun pengadil itu tahu dan sedar bahawa yang  menyumbat gol tadi adalah pemain mereka  sendiri. Namun kemenangan terpaksa juga diberi, disebabkan peraturan bola sepak mengkehendaki  begitu. 
Apakah yang  berlaku di Perak itu satu pertandingan bola sepak? Tentu sekali tidak.  Ia seribu kali lebih bermakna  dari sukan itu. Ia tidak boleh dinilai dengan permainan apa pun.  Ia adalah  satu bentuk peralihan kuasa,  bertujuan mentadbir sebuah negeri, justeru prosesnya harus menuruti undang-undang, sekaligus mengambilkira kemahuan  majoriti rakyat, bukan melakukan   secara 3P- pantas, pintas dan pulas. 
Apakah itu satu bentuk rampasan kuasa?  Dalam hal ini, istilah tidak penting, namun ojektif cukup jelas, mahu berkuasa. Sekarang apa yang telah direncanakan elit-elit politik BN khususnya Umno sudah menjadi realiti. Kerajaan Perak yang diterajui Pakatan Rakyat (PR)  sudah tumbang. Dan  tumbangnya PKR itu bukan lewat demokrasi ( pilihan raya) tapi gara-gara empat  ADUN mereka belot. Justeru, umum berpendapat, keputusannya seterusnnya harus segera diserahkan kepada pengundi. Biar pengundi Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan bota memilih semula wakil rakyat masing-masing. 
Apakah kerajaan PR di Perak itu tumbang disebabkan  suara majoriti rakyat mahukan ia tumbang? Jawapannya tidak! . Kerana kemenangan diperolehi adalah hasih daripada mandat yang diberi rakyat lewat Pilihan Raya Umum Mac 2008.  Rakyat  telah menolak BN lalu memberi kemenangan kepada PR, biarpun cuma kelebihan tiga kerusi, namun bagi praktik demokrasi, kemenangan itu tetap kemenangan. 
Dengan kata lain, proses peralihan  kuasa  yang berlaku di Perak itu  tidak mendapat restu daripada seluruh rakyat yang berusia 21 tahun ke atas (layak mengundi). Ia cuma  dimunculkan secara tiba-tiba oleh tiga   wakil rakyat PKR dan seorang wakil rakyat DAP yang  mengklaimkan keluar daripada PKR dan DAP-   menjadi ADUN Bebas,  tapi bernafaskan  Umno/BN,  atas sebab-sebab tertentu. 
Pengamat politk,  termasuk veteran Umno Ku Li   melihat,  kerajaan Perak daripada  PR yang diterajui Nizar masih sah dari segi perlembagaan Negeri Perak selagi undi tidak percaya terhadap kepimpinan Nizar belum dimajukan. Justeru dalam tempoh itu,  menurut mereka kerajaan PR masih berfungsi. Atas perkiraan itulah Nizar tidak mahu menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada Dr Zambry. 
 Apa pun, angkat sumpah Menteri Besar kerajaan baru (BN) sudah disempurnakan  jam 3.30 petang, 5 Februari. Serentak itu, jamuan teh dan kuih untuk pendukung Umno/BN yang hadir dihidangkan.  Sementara  jamuan gas pemedih mata untuk para penunjuk perasaan  dari PR juga disajikan pada petang hari yang sama di sekitar jalan raya dan perkarangan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan. Sama-sama mereka merasai 
kegembiraan dan kepedihan, hasil daripada sebuah rencana  yang dibikin begitu rupa. 
  Sehelai kain hitam,  kemudian dikatakan kepada umum, bahkan berulang-ulang, bahawa kain ini putih bukan hitam, lalu akhirnya mata kita pun boleh menerima  bahawa benar  kain itu putih bukan hitam. Itulah politik yang dihidangkan kepada rakyat hari ini! 
 Maka benarlah seperti kata Nizar: Proses menukar kerajaan tidak sama seperti menukar warung kopi. Tapi hari ini, mereka melakukannya seperti menukar warung kopi tepi jalan.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny