Saturday, August 27, 2011

ADAKAH DENGAN KIBAR JALUR GEMILANG KITA PATRIOTIK

Oleh: Rossem
Di Kuala Lumpur dan sepanjang jalan ke Pantai Timur, sambil memandu saya menghitung. Setiap mobil yang melewati pandangan diamati; berapa jumlah mobil yang mengibarkan Jalur Gemilang, seperti disaran menteri. Natijahnya; setiap 15 kenderaan, hanya sebuah yang menyambut saranan itu. Angka itu turun mendadak di Kelantan, satu dalam nisbah 25 kenderaan.

Bermakna hanya kurang lebih 8 peratus saja pemilik kenderaan di Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang kebetulan bersaman dengan tarikh umat Islam menyambut Aidifitri.

Di gedung-gedung perniagaan agak berbeza, namun di rumah-rumah persendirian amat kurang, nisbah satu dalam 40 buah rumah.

Pelbagai kempen sudah dijalankan. Penyampai radio dan televisi berbuih mulut meminta rakyat Malaysia membeli jalur gemilang dan kibarkan di mobil, rumah, gedung-gedung perniagaan masing-masing. Tujuannya untuk menanam semangat patriotisme dalam diri setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda. Malangnya sejumlah kecil saja yang menyahut seruan itu.

Terdapat dikalangan kita, amat tak suka orang lain “mengajar” untuk berbuat sesuatu, sebaliknya mahu melakukannya sendiri dengan kerelaan hati. Namun majoritinya tak mahu mengibarkan Jalur Gemilang kerana mahu memprotes sikap pemerintah Barisan Nasional yang sombong, bongkak dan membelakangi kehendak rakyat (sepertimana yang dituntut oleh gerakan “Bersih” dan tuntutan royalty minyak rakyat Kelantan). Cara ini dianggap paling mudah lagi ekonomik untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka kepada pemerintah BN.

. Selanjutnya tentang kemerdekaan. Tiada siapa sebenarnya menafikan peranan Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj sebagai bapa kemerdekaan Malaysia. Sejarah tetap mengarap nama besar itu, tapi disebalik Tunku dan teman-temannya, terdapat ramai lagi barisan para pejuang kemerdekaan yang berjuang lama sebelum Tunku atau sezaman dengan Alamarhum, tapi tidak ditulis dalam buku daftar para penuntut kemerdekaan atas sebab-sebab tertentu, antaranya kerana berbeda ideologi politik, walhal perjuangan menuntut kemerdekaan itu tidak pernah kenal sempadan politik. Justeru, seharusnya setiap kali perayaan ulangtahun kemerdekaan, nama-nama “lain” yang dipinggirkan, sewajarnya disebut, kerana peranan dan pengorbanan mereka kepada watan juga besar.

Berbalik kepada Jalur Gemilang. Sejarah memperkenalkan pengibaran bendera Malaysia di kenderaan awan, bermula sekitar tahun 1996, waktu itu sambutan rakyat di luar jangkaan hingga melebihi 50 peratus, ia berterusan hingga 1997, namun merosot secara mendadak pada 1998, ketika tsunami reformasi menerjah negara. Pemilik kenderaan mengutamakan bendera parti di kereta masing-masing, walaupun pada musim perayaan menyambut ulang tahun merdeka. Kemerosotan tersebut belum dapat dipulihkan sehingga hari ini.

Hakikatnya, patriotisme bukan dinilai daripada kibaran bendera semata-mata, atau lewat acara perayaan yang disemarakkan. Jiran Malaysia paling dekat, Thailand, tidak ada sambutan hari merdeka bagi negaranya, kerana negara Gajah Putih itu tidak pernah dijajah, namun patriotisme rakyatnya amat tinggi. Itu menunjukkan bahawa cintakan negara tidak perlu dihisteriakan dengan terikan dan laungan. Ia memiliki falasfahnya tersendiri.

Selain dari itu, umum melihat kempen memasang Jalur Gemilang, pelbagai poster, iklan dalam media massa dan billboard yang dihidangkan kepada rakyat hari ini, lebih menjurus kepada kempen mencintai parti pemerintah, bukan mencintai negara, justeru bila rakyat tidak menyahut saranan memasang bendera, jangan berkecil hati. Rakyat kini sangat arif; yang mana satu untuk negara dan yang mana satu untuk parti!

Sunday, August 21, 2011

Kenangan bersama Allahyarham Azizi Abdullah


Oleh: Rossem
Sore itu, tanggal 15 Januari 2011, saya berdiri di lobi Hotel Grand Season sendirian , tiba-tiba seseorang menelefon mengajak minum bersama di café hotel yang mewah. Saya mencari kiri kanan meja yang dimaksudkan. Tampak di sudut café tiga orang sedang bersembang sambil minum. Mereka semua saya kenali, antaranya wakil rakyat (PAS) Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad, penulis politik koran Harakah, Shukur Harun dan teman yang menelefon tadi.

Langsung saya ke mejanya, bersalam dan ia meminta saya order minuman. Azizi Abdullah sore itu tampak sihat, ceria dan bersemangat. Mengalahi usianya yang meniti 68 tahun.

Azizi datang ke Kuala Lumur semata-mata untuk menghadiri acara yang julung kali diadakan, iaitu pertemuan bloger pro Pakatan Rakyat dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Ia antara salah seorang bloger yang datang dari jauh- Kulim, Kedah yang jaraknya dari ibu negara Malaysia kurang lebih 500 kilometer. Sedang bloger lain dari Kuala Lumpur. Kecuali bloger Kelantan yang ikut bersama rombongan petugas Kerajaan Negeri.

Semangat Azizi ternyata sangat mengagumkan, barangkali ia tahu bahawa malam itu Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri akan datang menemui pengamal media baru yang sangat efektif, justeru ia mengagahkan diri untuk hadir.

Kami minum kopi panas sambil menunggu acara dimulakan di lantai satu pada jam 9.00 malam nanti. Perbualan lebih kepada ‘tanya khabar” bersulam gelak ketawa, sementara di wajah masing-masing tampak kecerian kerana lama tak bertemu.

“Sepatutnya penulis-penulis juga harus mengadakan satu dialog dengan kepimpinan Tok Guru, seperti malam ini,” Saya memulakan bicara.

”Saya setuju. Mungkin YB Datuk Husam Musa atau YB Mohamed Fadzli boleh pertimbangkan. Penulis yang dimaksudkan, bukan wartawan dan bukan sidang pengarang akhbar atau tabloid, tetapi penulis bebas” kata Azizi.

Azizi membayar minuman, saya melihat tiga helai note kertas RM50 terbang, padhal kalau minuman seperti itu di warung tepi jalan tak sampai RM15.00. Itulah nilai wang di hotel 4 bintang, di Kuala Lumpur.

Sebelumnya sering berjumpa dengan Azizi, dan setiap kali bertemu, yang ditanya “berapa saya harus bayar kartun Rossem?” Satu soalan yang sukar saya menjawapnya. Saya bertanya; ada apa?. Kemudian ia memberitahu “Saya mahu Rossem melukis kartun untuk koran saya- Utusan Pengguna”

Azizi menjadi Editor Utusan Pengguna, terbitan dua bulan sekali, oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang dipimpin SM Idris. Selain koran, buku-buku seputar kepengganaan juga diterbitkan.

Itulah kali terakhir saya bertemu beliau. Lapan bulan selepas itu, kelmarin, tanggal 20 Ogos 2011, iaitu hari pertama melangkah memasuki gerbang kesepuluh Ramadhan yang sangat dinanti-nantikan umat Islam kerana di dalamnya ada malam lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu malam, novelis terkenal Haji Azizi Abdullah telah meninggalkan dunia yang fana ini.

Hj. Azizi Abdullah dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, tanggal 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai hingga tahun 1965.

Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, sekitar tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berjudul buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.

Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.

Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan jawatan terakhirnya sebagai i Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.

Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.

Saya sering menjengok bolgnya, dan teringat ungkapannya saat ia sakit dan terlantar di wad hospital Pulau Pinang: Subhanallah… Maha Suci Tuhan… apakah itu kebesaran Tuhan, Allahku? Sememangnya saya percaya ia adalah kebesaran Tuhan. Subhana... Subhanallah... dan ia bukan saja mimpi dan igauan ngeri malah bunyi degup jantung, mencerus air di pundi-pundi atau letup tulang dan selisih urat pun, mungkin ia adalah suara tasbih yang mengagungkan Tuhan.

Saya menghabiskan bacaan buku ‘Ketika Alam Bertasbih’ tulisan Dr. Musa Al Khathib yang saya beli di Jakarta tempuh hari sangat memberi kesan. Saya terkedu, terencat rasa, sebak dan merasa diri sangat jauh takbur terhadap Tuhan apabila selama ini terabai dan lagho dengan Tasbih.

Sungguh amat hebat makhluk yang dijadikan Allah ini bertasbih sedangkan saya tidak menyedari sekian lama. Hebatnya dan dahsyatnya apabila alam bertasbih. Ia bukan saja bunyi guntur, kilau kilat petir, debur ombak dan gegar runtuh gunung, tetapi juga suara katak dan kicau burung dengan bahasanya adalah tasbih yang membesarkan Allah.

Ya Allah, saya sangat jauh dengan kesedaran ini. Hud-hud dengan Nabi Sulaiman, Semut yang khusus disebut dalam surah Al Naml sehingga kepada hymenoptera, vespiodea, formicidae, lalu bondongan burung-burung mampu meneduhkan Sulaiman dengan kepak mereka.

Bukankah hebat kebesaran Allah? Bunyi kepak itu pun adalah Tasbih. Ya Allah, demikian aku tersentak betapa hebat dan besarnya Tasbih; Subhanallah...

Tuhanku...sesungguhlah aku terlalu jauh lupa mentasbih kebesaranmu!

Selanjutnya seperti diungkapkan sahabat karibnya, penulis terkenal Indonesia, Herry Nurdi : Sastrawan besar Melayu berpulang. Satu persatu guru saya telah kembali. Saat di Jakarta beberapa bulan lalu, Allahyrham mengatakan. "Herry, ini mungkin perjalanan saya yang terakhir," begitu katanya waktu itu.

”Selamat jalan Ustadz Azizi, insya Allah kami juga akan menyusulmu. Dan kami akan pastikan, ilmu yang telah kau beri akan bermanfaat dan perjuangan yang telah kau mulai akan kami teruskan!” Lanjut Herry Nurdi.



Sunday, August 14, 2011

Selebriti Wardina Saffiyah ke mana pergi al Quran dibawa bersama


Oleh; Rossem
Sosok yang satu ini, memang tak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Penonton televisi bisa temui wanita berdarah Australia-Indonesia ini lewat beberapa iklan dan sinetron.

Bekas model dan artis sinetron serta host, Wardina Saffiah, 32, kelmarin datang ke Kelantan untuk acara “Bicara Selebriti, Manisnya Hidayah-Mu” bersama tiga lagi penelis, mantan Mufti Perlis, juga dozen Universitas Sains Pulau Pinang, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, gitaris Sham Kamikaze, Ustaz Harizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) dan Amim Idris dari TV Hijrah sebagai moderator.

Bebekalkan wajahnya yang cantik, Wardinah Saffiyah sebelumnya menjadi rebutan produser sinetron, namun sejak mengenakan jilbab beberapa tahun lalu, Wardina hanya memilih peranan yang cocok saja, malah melabih banyak menumpukan kepada iklan dan host.
Bila ditanya opininya tentang pemakainan jilbab, sang selibriti itu memberitahu “Saya memakai jilbab bukan ikut-ikutan atau trend, tapi kerana tuntutan Islam yang mengkhendaki wanita muslim memakai pakaian menutupi auratnya” kata Wardinah.
Selanjutnya beliau menambah “Betapa malunya kerana terdapat muslimah yang sudah berjilbab, tapi bila ditanya; kenapa anda berjilbab, mana ayat al-Quran yang menyuruh wanita berjilbab? Mereka teragak-agak untuk memberi jawapan dan penjelasan, sepertinya memakai jilbab itu sesuatu yang tak pasti sebab musababnya. Jauh sekali yang tahu mengutip ayat-ayat al-Quran tentang perintah mememakai jilbab”.
“ Kalau tak tahu, makanya harus belajar”. Tuturnya agak keras saat acara Bicara Selibriti-Indahnya Hidayah-Mu.

Benar seperti kata orang, tempat yang paling cocok bagi selebriti mahu mendekati Islam ialah Kelantan. Negeri yang dipimpin ulama ini sentiasa tebuka buat mereka. Kelantan cuba menjadi pelopor kepada hiburan alternatif Islam di Malaysia. Kerana para pemimpinnya berpendapat, manusia tak dapat dipisahkan dari hiburan. Tinggal lagi, bagaimana mahu mengolah hiburan itu agar tak bertantangan dengan Islam.

Ini merupakan kali kedua Wardinah ke Kelantan di atas jemputan pemerintah negeri. Kali pertama, 2010, dan beliau ditampilkan bersama novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman El Shirazy, yang juga dijemput ke Negeri Serambi Mekah ini. Acara berlangsung di sebuah gedung mall, Kota Bharu.

“Saya amat teharu dengan kehadiran khalayak malam itu. Dewan penuh sesak. Majoritasnya anak muda. Semuanya berhimpun atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam...” tutur Wardinah.

“Khalayak hadir dengan semangat mahukan sebuah perubahan yang hakiki pada seni hiburan. Mereka cuba memaknai hiburan yang sebenar-benarnya. Kerana anak-anak muda ini sudah terlalu lama dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka” tambah Wardinah.

“Anak- anak muda itu mahu tahu erti 'hiburan' dari alim ulama'. Apa opini ulama’ terhadap hiburan yang menjadi kegilaan kelompok ini. Kemudian pilihlah yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam kehidupan , hiburan yang sama sekali tidak menjurus kepada kemaksiatan, yang masih dibatasi etika Islam”. Lanjut Wardinah.

“Hiburan yang berkiblatkan Barat boleh dibungkuskan dengan koran lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika”. Ujarnya lagi.

Kecintaan Wardinah kepada Islam memang tak dapat dinafikan. Kemana ia pergi kitab suci al-Quran dibawa bersama dalam tas tangannya. Sifatnya demikian, mungkin kerana ia lahir dari keluarga Islam taat. Ayahnya Fadlullah Wilmot, pernah bekerja di Pusat Islam, Kuala Lumpur sekitar 1980an, pernah menulis buku-buku Islam, sementara ibunya muslimah asal Acheh.

“ Terkilan juga tidak dapat mengaji (baca al Quran) malam ini, antara surah kegemaran saya ialah Surah Buruj dan Insyiqaq...Mengaji adalah antara hiburan saya. Ya.. ketenangan yang saya dapat daripada al Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya!”














Wednesday, August 10, 2011

Aduh! Mahalnya harga barang…


Oleh:Rossem
Banyak orang Malaysia mengeluh tentang kenaikan harga barang sekarang. Ada barangan keperluan sehingga naik seratus peratus. Fenomena ini sangat membebankan masyarakat, terutama di bulan Ramadhan dan tak lama lagi menyambut lebaran.
Kenaikan itu bahkan seperti telah mendapat “restu” dari pemerintah, kerana tiadanya prosedur kawalan harga yang dikenakan ke atas peniaga, kecuali barang-barang terkawal seperti gula, susu. justeru yang menjadi mangsa ialah kaum pengguna.

Akhbar perdana juga tidak menghebohkan “pesta naik harga” ini kepada umum. Sebaris ayat pun tak ditulis dalam akhbar. Media milik pemerintah ternyata bersubahat menutupi berita kenaikan harga ini dari pengetahuan umum, kerana mereka khuatir rakyat akan bangkit menentang pemerintah, sepertimana berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir.

Barangan yang belum lagi menaikkan harga sedang menunggu saat yang sesuai untuk naikkan harga. Yang sudah menaikkan harga sedang mengintai untuk menampal pelekat harga baru. Apa pun mereka lakukan, yang menjadi mangsa tetap kelompok pengguna. Dan sekarang pun kalau masuk ke kedai untuk membeli barang dengan membawa wang bernilai RM50, berapa saja yang boleh dibeli. Ertinya, dengan kenaikan itu, nilai wang kita semakin rendah.

Ayam dan ikan menjadi barang mewah, sekilo ayam RM7.50, bermakna seekor ayam sekitar RM15. Ikan kembong yang dulu RM5.00 sekilo sekarang mencerceh RM10.00 atau RM12.00. Dengan kenaikan itu bermakna ayam dan ikan menjadi barang mewah yang hanya layak dimakan orang kaya.

Suatu petang, penulis bertanya harga seekor ikan keli yang siap dimasak (perecip) di sebuah gerai Ramadhan. Terkejut bila diberitahu sang penjual, harga seekor ikan keli berukuran lengan bayi 5 bulan RM5.00. Tak sanggup membelinya. Lantas penulis ke lain gerai, namun harganya tetap sama.

Kuih untuk berbuka puasa yang dijual di gerai Ramadhan sebelumnya bisa dibeli dengan harga seringgit sekarang menjadi RM2.00. Ikan, ayam dan daging yang siap dimasak purata dijual minimum RM5.00.

Namun, gerai-gerai Ramadhan tetap tumbuh macam cendawan di musim hujan untuk kemudahan warga membeli makanan dan kuih berbuka puasa. Situasinya tidak berubah, jumlah juga seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang tampak berubah hanya wajah pembeli, tidak seceria sebelumnya, kerana terpaksa mengeluarkan wang lebih disebabkan kenaikan itu

Hari lebaran dua minggu lagi, memang sinonim dengan masyarakat kita yang beragama Islam untuk berbelanja sedikit lebih. Terutama membeli pakaian raya untuk anak-anak dan membuat kuih muih untuk persediaan tetamu bersilaturahim ke rumah pada hari lebaran nanti. Kenaikan harga barangan ini tidak menjejaskan sangat orang kaya, tapi bagaimana dengan orang miskin? walhal mereka juga mahu menyambut lebaran seperti orang lain.

Kenaikan harga barang tanpa terkawal ini berlaku selepas pemerintah Malaysia mengurangkan subsidi dan membenarkan kenaikan harga tarif elektrik dan kenaikan harga minyak. Ekoran dari kenaikan itu, pengusaha lori pula menaikkan upah sewa lori sehingga 18 peratus, bermakna harga untuk mengangkut barang berganda.

Pengusaha lori komersial menaikkan kadar upah sewa sedemikian ekoran pemansuhan disel super subsidi oleh pemerintah. Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika itu tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.“Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum, dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu.“Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan.

Selanjutnya, dengan kenaikan harga barang yang melambong di Malaysia sekarang terasa seperti Malaysia termasuk kelompok negara-negara maju dunia. Tapi sayang, ia tidak setara dengan pendapatan rakyat Malaysia dari kelompok pertengahan dan miskin, sama ada yang bekerja di sektur swasta mahupun pemerintah.

Makanya tepat sekali seperti disebut-sebut banyak orang; harga barang di Malaysia seperti negara maju, gaji kakitangan awam seperti negara kelas ketiga!


Dari Pentas Hiburan menuju Pentas Dakwah


Oleh:Rossem
Di Malaysia semua orang pasti kenal nama Sham Kamikaze, seorang pemain gitar terhandal. Ia adalah seorang pemain gitar utama kelompok musik rock Kamikaze yang pernah popular tahun 1990-an. Selain itu, ia juga seorang dosen musik di Akademi Seni nasional (ASWARA). Pria bernama asli Shamril Mohd Salleh ini pernah mengajar di program reality Show Akedemi Fantasia (TV3) ini sudah aktif di dunia musik sejak usia 12 tahun dan lahir dari keluarga pemusik.

Pria berusia 36 tahun yang akrab dengan panggilan Sham ini, kini berubah secara total mulai dari percakapannya bahkan penampilan fisiknya sehari-hari. Dari seorang pemain pemusik rock beralih menjadi pendakwah. Kini Sham aktif menyampaikan motivasi dakwah kepada masyarakat, terutama kisah perjalanan hidupnya sesuadah mendapat hidayah dari Allah SWT.

Tanggal 30 Juli lalu, Sham datang ke Kelantan untuk memenuhi undangan dalam program acara “Bicara Selebriti - Indahnya Hidayah-Mu” anjuran Kerajaan Kelantan di Balai Islam Kota Bharu. Sekitar dua ribu penonton hadir dalam acara tersebut, yang kebanyakan generasi muda.

Sham terkejut dengan sambutan ini. Hal yang sama berlaku saat ia menyampaikan kisah pengalamannya di sebuah masjid di Perlis sebelumnya. Lebih empat ribu anak muda datang hanya untuk mendengarnya.

Acaranya seolah mengalahkan ustaz, padahal ia hanya seorang musisi yang baru berhijrah dari pentas hiburan yang melalaikan ke pentas dakwah.

Bila ditanya, bagaimana penghijrahan ini bisa terjadi? Sham menjawab ringkas; bahwa ini berkat doa ibunya yang tak henti mendoakan agar ia berubah suatu hari nanti.
“Dulu saya shalat setahun sekali. Doanya pun minta murah rezeki dan panjang umur. Berdoa mau untung di dunia saja. Itu dulu, bagaimanapun kini setelah berubah, saya bersyukur dapat melihat dan merasakan sedikit manisnya iman,” ungkapnya.

Banyak teman Sham yang senang dengan perobahan ini, tapi tidak sedikit yang sebaliknya, bahkan mereka mengatakan perubahan hidup Sham itu hanya sekejap saja, hari ini pakai kopiah, setelah itu campakkan kopiah dan kembali ke pentas rock.
Selanjutnya Sham mengatakan bahwa, hiburan seperti bermain gitar bisa dijadikan medium dakwah.

“Kita bermain musik dalam konteks untuk mendekatkan diri dengan Islam. Sebagai contoh, saya pernah diundang ke sebuah masjid di Kangar, Perlis untuk berbagi pengalaman tentang hijrah saya. Ada empat ribu orang hadir terutama generasi muda. Jadi apa yang kita lakukan dapat mendorong orang muda terutama yang tak pernah menginjakkan kaki ke masjid, kemudian ke masjid. Itu merupakan satu kesuksesan,” ujarnya.

Sham mengutip tokoh ilmuwan Islam Al-Farabi yang juga bermain gambus, bahkan dengan alunan musik yang dimainkan itu mampu meneteskan air mata bagi pendengarnya.

“Tatkala Al-Farabi memetik gambusnya, banyak orang meneteskan air mata. Jika Allah mengizinkan, saya juga ingin sepertinya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sham membuat kejutan saat mengeluarkan pernyataan melalui situs Facebook miliknya menjelaskan ingin berhenti dari dunia hiburan jika dikurniakan rezeki dalam bidang lain.

“Saya sudah bicara dengan beberapa ulama terkait dengan pekerjaan dalam bidang ini (musik), kata mereka selagi tidak melanggar hukum syar’i, tak mengapa,” katanya.
Namun perobahan benar-benar terjadi ketika ia datang ke Tanah Suci.

“Hati saya mulai terbuka saat Allah telah mempertemukan saya dengan Imam Satu Masjidil Haram, Syeikh Abdulrahman As Sudais. Saya sengaja keliling kawasan masjidil Haram untuk menemui beliau dan alhamdulillah akhirnya bisa bertemu.

Banyak orang bilang susah bagi orang biasa untuk menemui imam besar itu. Sejak itulah saya percaya ada hikmah tersembunyi yang Allah akan berikan kepada saya. Syukur, akhirnya saya mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya. Sekurang-kurangnya saya tidak lagi hanyut dengan hal yang melalaikan,” tuturnya.

“Kelantan menjadi negeri tempat saya meluahkan isi hati nurani paling dalam tentang perjalanan hidup saya sesudah mendapat kemanisan iman, kerana bagi saya, negeri ini sangat cocok dengan saya,” tuturnya.*/Nur Aminah Rossem, Malaysia

Friday, August 5, 2011

Suasana Padang Arafat di Kota Bharu


Oleh: Rossem
Seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali ketibaan Ramadhan al Mubarak. Khemah besar berwarna putih lengkap dengan alat penghawa dingin dibangunkan. Ditokok tambah dengan apa-apa yang berkurang pada sebelumnya, semua itu demi keselesaan para jamaah Tarawih yang semakin ramai, sehingga khemah sebesar separuh padang sepak bola itu terasa sempit dengan jamaah mulsimin dan muslimat yang datang, sehingga sehabagianya terpaksa solat di luar khemah.

“Terasa seperti berada di Padang Arafah” kata salah seorang jamaah yang pertama kali mendirikan solat Tarawih di situ. Memang benar, situsi dan kondisinya saling tak tumpang seperti di Padang Arafah saat mengerjakan haji.

Barangkali inilah yang mahu tunjukkan oleh sang pencetus idea, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat saat mensyorkan sebuah khemah besar didirikan di lapangan di tengah Kota Bharu untuk tujuan bersolat sunat Tarawih, agar setiap umat Islam yang mendatanginya merasakan diri mereka seperti berada di Padang Arafah.

Imam solatnya tahun ini didatangkan khas dari Mesir. Dua orang qari dan hafizan terkenal dari negara itu mengimami solat Isyak dan solat sunat Tarawih setiap malam selama sebulan Ramadhan. Kemerduan suaranya sehingga makmum tidak terasa kepenatan harus berdiri lama untuk menghabiskan satu lembaran al-Quran yang dibaca sang imam untuk setiap rakaat selama lapan rakaat. Malah mengamati bacaannya dengan penuh khusyuk boleh meneteskan air mata.

Kenapa solat di lapangan, di bawah khemah? Apakah di Kota Bharu tidak ada masjid? Barangkali ada yang bertanya demikian.

Ya, masjid dan surau banyak sekali di kota ini. Antara masjid yang besar ialah Masjid Muhammadi. Merupakan masjid negeri, jarak lokasinya cuma satu kilometer dari khemah Tarawih yang terletak di Dataran Stadium Sultan Muhamaad Ke-IV.

Setiap masjid dan surau, termasuk Masjid Muhammadi rutin Ramadhannya mengadakan solat sunat Tarawih sejak dulu. Namun oleh pemerintah negeri dibangunkan sebuah khemah besar berfungsi sebagai masjid untuk tempat ibadat qiammulail semata-mata untuk memberikan sedikit kelainan dan cinta rasa baru kepada para jamaah. Antaranya menghadirkan suasana “Padang Arafah” ke dalam diri setiap muslimin dan muslimat. Kedua, untuk kemudahan para musafir yang tidak berkesempatan untuk ke masjid kerana urusan mahu disegerakan.

Sebelum berpindah ke Dataran Stadium, sebuah khemah yang sama didirikan di terminal bas di tengah kota. Di situ bermulanya solat terawih bawah khemah di Kelantan. Fungsinya untuk sang musafir yang melewati kawasan itu, memberi kemudahan kepada mereka untuk singgah sebentar mengerjakan solat tarawih lapan rakaat atau sebelas rakaat termasuk witir sebelum berangkat untuk urusan masing-masing.

Saat itu imamnya seorang hafiz yang didatangkan dari Republik Rakyat China. Dibiayai segala oleh pemerintah Kelantan. Ketika itu ada orang bertanya “Apakah di Negeri Serambi Mekah ini sudah kemarau imam, sehingga terpaksa import imam dari China?” Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjawab “ Saya sebenarnya mahu merubah persepsi kamu. Selama ini, dalam minda kamu hanya orang Melayu saja boleh jadi imam solat. Walhal orang Cina juga boleh jadi Imam. Mereka adalah bangsa yang lebih awal memeluk Islam dari kita. Dan ingatlah Islam itu untuk seluruh manusia tanpa dibatasi bangsa dan negara”.

Tuan Guru Nik Aziz melihat nun jauh ke depan, sedangkan waktu itu kita hanya melihat sejengkal di depan mata! Masyaallah.

Thursday, August 4, 2011

Himpunan Anak Kelantan di Perantauan



Oleh: Rossem
Sehari sebelum kedatangan Ramadhan yang ditunggu-tunggu (30 Julai 2011) saya berada di Kuala Lumpur menghadari program Himpunan Anak-Anak Kelantan Di perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Dalam situasi yang sangat silaturahim, tampak kecerian yang benar-benar pada wajah para perantau asal Kelantan bila dapat bertemu tokoh yang menjadi ikon mereka- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Wakil-Wakil Rakyat serta kepimpinan lain yang ikut berkampung selama sehari suntuk di stadium.

Kemuncak acara ialah ucapan perasmian oleh Tok Guru seusai solat Asar. Ramai menunggu untuk mendengar amanat ulama yang menjadi sanjuangn mereka. Tok Guru juga sangat bersemangat pada petang itu. Inti ucapan antaranya memperkatakan betapa buruknya wajah sekularisme dari sudut pandangan Islam. Selanjutnya memperingatkan kita bahawa setia saat berdepan dengan “pilihan raya” (pemilu). Bangun saja daripada tidur kita harus memilih yang mana baik yang mana buruk, dan setiap orang pasti mahu memilih yang terbaik. Demikian juga pilihan raya, kita memilh parti mana yang terbaik daripada sejumlah parti yang bertanding.

Program selama sehari itu lebih tertumpu kepada kerja-kerja mendaftar warga Kelantan yang bermukim di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan balik mengundi di kampung masing- masing di Kelantan pada PRU Ke 13 nanti. Pendaftaran dibuka mengikut kawasan mengundi masing-masing, meliputi 14 kawasan semuanya.

Selain itu diadakan perlawanan persabahatan sepak bola pada sebelah pagi dan persembahan dikir barat pada petang dan malamnya oleh pedikir tersohor yang di bawa dari Kelantan- Jen Endoro dan pedikir asal Kelantan dari Kuala Lumpur-Halim Yazid. Tetamu juga, pada petangnya, dijamu dengan nasi gulai (sapi) kawah, sejenis masakan terkenal Kelantan.

Biapun terdapat perlawanan sepak bola dan hiburan dikir barat, setiap program oleh pemerintah Kelantan pasti tak lari dari Islami. Solat berjamaah tidak ketinggalan setiap waktu solat. Senator Dato, Dr Johari Mat diundang memberi taskirah yang sangat bernas seusai solat Maghrib berjamaah dilantai stadium yang dibentang tikar.

Senator dan Rektor Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu mengupas tentang syahadah umat Islam “Laila hiillallah muhamadul rasullullah” dengan pendekatan yang mudah difahami tapi menarik. “Laillah hailllallah…. Tiada Tuhan (ilah) yang disembah kecuali Allah. Tiada peraturan atau undang-undang yang patut ditaati kecuali undang-undang Allah. Tiada kuasa yang boleh memudaratkan tubuh badan kita kecuali Allah. Tiada siapa yang seharusnya kita takuti kecuali Allah. Sesiapa yang berpegang kepada akidah yang mantap sesungguhnya ia tidak mudah diperdayakan sesiapa baik dari kalangan manusia atau syaitan.

Tuesday, August 2, 2011

Kelantan tempat selebriti mencurah perasaan



Oleh; Rossem
Sehari sebelum menjelang Ramadhan al mubarak, di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, seorang selebriti terkenal Malaysia, Wardina Safiyyah melihat pentas Balai Islam yang dihias indah...terasa luar biasa acara untuknya kali ini berbanding yang pernah diadakan sebelumnya.

“Saya melangkah ke pentas hampir longlai..wajah pucat lesu.. minda tidak terfokus, namun saya amat teharu dengan kehadiran khalayak malam itu. Dewan penuh sesak. Tanpa wanita seksi, tanpa hebahan media.... Semuanya berhimpun atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam...”

“Khalayak hadir dengan semangat mahukan sebuah perubahan yang hakiki pada seni hiburan. Mereka cuba memaknai hiburan yang sebenar-benarnya. Kerana anak-anak muda ini sudah terlalu lama dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka”

“Anak- anak muda itu mahu tahu erti 'hiburan' dari alim ulama'. Apa opini ulama’ terhadap hiburan yang menjadi gegilaan kelompok ini. Kemudian pilihlah yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam kehidupan , hiburan yang sama sekali tidak menjurus kepada kemaksiatan, yang masih dibatasi etika Islam”.

“Hiburan yang berkiblatkan Barat boleh dibungkuskan dengan koran lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika”. Ujar sang selebriti yang cantik menawan.
“Rakyat Kelantan …. anda cukup bertuah! Saya merasakan keikhlasan terpancar keluar dari setiap sudut baik dari penganjur (Tahniah YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atikullah), ahli panel dan moderator, baik dari penonton juga kesemua krew yang bertugas..ianya tidak boleh dijualbeli. Ya.. mungkin ada yang tercabar dan cuba meniru yang seakan sama. Namun tanpa niat yang ikhlas...ianya tidak mungkin dapat meninggalkan kesan yang serupa”.

“ Terkilan juga tidak dapat mempamerkan persembahan 'istimewa' bersama Amna. Kami mahu mengaji bersama... antara surah kegemaran kami iaitu Surah Buruj dan Insyiqaq...Ya, antara hiburan kami antaranya ialah mengaji bersama. Ya ketenangan yang saya dapat daripada al Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya!”

Sangat terharu membaca komentar dan persepsi Wardina Safiyyah tentang Kelantan mengenai program “Bicara Selebriti Hai”. Selain Wardina turut menjayakan program itu ialah mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dan bekas penyanyi rock terkenal Sham Kamikaze.

Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 32, artis sinetron, model dan pengacara (host) sudah lama mengenakan jilbab, adalah puteri kepada seorang penulis buku-buku Islam suatu masa dulu Fadlullah Wilmot, asal Australia, sementara ibunya Indonesia.
Lagi komentar tentang Kelantan dari seorang lagi panelis Bicara Selebriti Hai pada malam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin “Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya. Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih ‘sikit’ pernah jadi Mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamour merupakan sahabat baik saya. Namun, agak ‘segan’ untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama."
Sementara pamelis Amim Idris pula berujaran “Di kala pelbagai pihak dari serata negara berlumba-lumba menyuap minda masyarakat dengan hiburan berkiblatkan Barat, Pemerintah Kelantan dengan berani mengadakan sebuah program hiburan alternatif kepada rakyat. Bukan soal untung kerana jualan tiket tetapi untung akhirat yang ditagih. Inilah hasil tarbiah Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
, “Inilah budaya rakyat Kelantan.” Kata Sham Kamikaze tersenyum kagum!"